WELCOME TO MY BLOG

click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Friday, September 9, 2011

Halangan

Esok dah nak balik UPM..wuwuwu !__!

Dlm planning nak gerak waktu pagi dgn abg (2nd), akak ipar, mak & mira..padan muka adik kena tinggal hehe..nanti raya haji plak baru bole balik kot..


Tu bukan persoalan utama yg nak diceritakan dekat sini tapi serba sikit halangan yg terjadi kat aku..bukan lah berat sangat pun tapi agak menguji kesabaran jugak la..


Sebelum nak balik UPM kena la beli barang keperluan serba sedikit, ya dak..plan lepas raya baru nak beli, tak best la beli awal-awal kan..maklum la kena tunggu duit raya dulu, baru bole berjoli hahaha..


Tapi sehingga ke hari ni aku tak dapat lagi beli barang-barang yg aku nak padahal esok pagi dah nak gerak ke KL -_-"


Macam-macam halangan juga lah..nak pergi lepas raya tapi kena stay rumah nenek dari hari Isnin hinggalah Ahad..


Malam Isnin baru la pergi Jusco Perda, sempat beli kasut je lepas tu dengar pengumuman kedai dah nak tutup..tak sempat aku nak beli barang lain..damn!


Lepas tu, plan hari rabu nak pergi pekan Kulim..tapi tetiba kena balik kampung tengok nenek kena sengat tebuan..huhu nasib baik nenek dah ok..plan pun rosak leww..


Hari Khamis plak, aku tetiba pening kepala, nak muntah & rasa mcm nak demam..padahal malam tu ok jer..kepala pun asyik rasa berpusing-pusing je..lepas telan panadol, terus ok..malam nak ajak ayah pergi Giant tapi ayah tak nak..plan lagi sekali tak dapat diteruskan..huhuhu


Hari ni, JUMAAT ingat nak pergi la..tapi tetiba mira a.k.a my driver kena pergi jaga sepupu aku Alisya sebab toksu yg mengasuh dia pergi kenduri..mak aku plak kena pergi gak rumah nenek buat ketupat, nenek aku paksa suruh..haii nenek aku ni pun mengada-ngada le pulak..Hmm takpe, bole pergi petang..


Tapi SEKARANG ni, hujan la pulakkkk!! tinggal moto je, kereta abang aku bawak pergi servis..mira pun tak bole nak balik sebab hujan..huhu 


Masih sampai la ni aku tak dapat pergi beli barang..padahal barang tu boleh kira urgent juga la..barang yg aku nak beli tu takde kat sana huhu..kalo ada pun, tetap tak sama dgn barang yg aku nak..nanti try jelah cari.


See, mcm ada halangan yg tak diduga kan..cewahhh ayat..Geram pun ada tapi takpe lah aku terima je..mungkin nak buat aku lebih banyak bersabar even tu benda kecik je..Mungkin salah diri sendiri sebab plan nak beli last minit..(yela, awal-awal minit mana ada ongkos lagi, esok baru pt masuk hehehehe)..Kita hanya merancang, Tuhan yg menentukan so i keep as challange :)


Ataupun, TAKNAK bagi aku balik UPM kot..huahuaha..PEACE! ^^


Itu saje kemerepekan aku utk hari ini..ngeeeee :D
Adios~

Tuesday, September 6, 2011

rezeki datang dari Allah S.W.T :)

Assalamualaikum :)

Lama tak bersiaran, rasa kekok plak nak menulis..maklum la asyik bz memenuhkan perut hihi..pejam celik dah seminggu kita sambut Syawal, kejap je masa berlalu..pastu beberapa hari lagi buka mata dah ada kat UPM..TT_____TT


Kawan2 banyak ke dapat duit raya?? Soalan wajib ni hehe..aku mcm biasa dapat sikit je..dah berumur katakan..tapi tetap syukur ALHAMDULILLAH..masih dapat rezeki :)


Masih saudara-saudara yg sama menghulur tangan..masih bermurah hati utk memberi sampul raya utk aku yg tak berapa nak muda ni hehe..aku doakan semoga rezeki mereka makin melimpah ruah..Aminnn..saudara yg sama juga ada bersama ketika susah & senang..


Namun, ada juga saudara dekat yg agak lokek utk menghulur waima seringgit sekali pun...walhal, agak berada juga..punya tiga kereta berjenama hebat dan sebuah rumah yg agak besar..gaji hampir lima angka..jika kes tidak mampu, lainlah ceritanya..


Bukanlah niat aku utk meminta-minta atau mengharap tetapi, seeloknya lebihan rezeki kita janganlah berkira utk berkongsi (ingatan utk diri sendiri juga bila sudah bekerjaya kelak)..


Sedangkan ayahku walaupun tidaklah mampu utk menghulur puluhan ringgit setiap sorang namun tetap juga memberi sedikit sebagai hadiah raya kepada anak-anak saudara..mak aku yg tak bekerja pun beri duit raya tau kepada sepupu terdekat..


Sebenarnya tiada hal bagiku, tidak berkudis sekali pun..tak nak pun duit mereka..cuma, memikirkan org yg lebih sederhana pun tidak lokek utk menghulur, tetapi org yg diberi rezeki yg mencurah-curah agak berkira utk berkongsi..


Jika alasan utk tidak memberi disebabkan faktor usia & sudah besar, taun-taun sebelumnya pun jarang diberi..ada ketikanya saja..alasan tu rasanya kurang sesuai la kot..waima org yg sederhana kewangannya pun masih sudi menghulur..


Tambahan pula, saudara itu sangat-sangat dekat pertaliannya..bukan jauh atau hanya bau-bau bacang..Setiap kali ada yg memberi aku tolak dgn baik kerana agak segan utk menerima disebabkan umur pun dah meningkat tetapi mereka tetap beri dgn alasan aku masih belajar dan ambillah sebagai rezeki raya..


Org cakap, rezeki jgn ditolak kan..hehe..waima ada sampul yg hanya seringgit di dalamnya tetapi aku sangat hargai pemberian itu..mereka tetap ikhlas utk berkongsi rezeki..Terima Kasih :)


Ini hanyalah apa yg aku rasakan..hanya peringatan utk diri sendiri supaya tidak lokek di kemudian hari..tetapi hanya dikongsi utk org yg tak lokek saja lah hihi *evil* 


:: Kadang-kadang TER-ada niat jahat la plak, bila aku da mampu nak bagi duit raya nanti, takmau kasi dekat kaum kerabat org yg lokek tu huhuhu..kede sgt kan..aku hanyalah manusia biasa, hanya akan baik hati utk org yg baik hati juga lah huhu


Buat baik dibalas baik..buat jahat, LU PK LA SENDIRI..hehe assalamualaikum *trademark Nabil RL~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...