WELCOME TO MY BLOG

click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Saturday, March 24, 2012

dah terhantuk baru tergadah

Dalam 2-3 hari ni cik aika sibuk nak siapkan esemen.
nak berak baru nak gali lubang kan hahaha.
biasalah, mcm tu lah cik aika sepanjang study ni.
tak pernahnya buat kerja awal. dah dekat dateline barulah kelam-kabut :D


Cik aika ada 3 kerja yg perlu disiapkan sebelum 29 mac ini 
apa??? sekarang dah 24 mac. tolak sehari nak kena pergi sekolah lapor diri.
so tinggal la 3 hari je utk buat kerja. errrr..habisla..


cerpen + report interview penulis + multimedia dlm komunikasi


lepas tu ada test penulisan kreatif minggu depan. mmg nahas la hahaha.

 
 
cik aika dan kawan2 baru je habis interview novelis terkenal, Samsiah Mohd Nor.
ala yg novelnya bertajuk Tangisan Bulan Madu, didramakan di tv tu :)
nanti cik aika update kemudian.
ok itu sajeeee..hihi


assalamualaikum :D 

Wednesday, March 21, 2012

-maggie di tgh mlm-

jam menunjukkan 12.10 a.m. A.M ok cik aika & rumet berjemaah menikmati maggie rendam hehehe
maggie kari berkicap namanya. boleh tak? hahaha rumet la ni ajar makan megi dgn kicap.
sambil-sambil buat RPH & cerpen tadi lapar la pulak kan.
layan jela kan. pon licin jugak mangkok.


ade tak org makan megi je, kuahnye tinggal? cik aika la tu :D
pelik tapi benar. cik aika tak berape suka hirup kuah megi.
tapi kadang hirup jugak kalo rasa sayang. tak baik membazir. ngeh3x


antara salah satu sebab cik aika makan jugak megi tengah2 malam begini,
sebabnye esok nak puasa. biasanya kalo malam2 lapar terus g tido je hahaha.
sahur dgn megi? memang selalu je budak u ni buat :D
dan cik aika tinggal sehari je lagi puasa ganti. yeahaaaa!
iaitu esok :)



Saturday, March 10, 2012

Malas Nak Pk Tajuk :D

Semalam cik aika tido bilik kawan, aini. mulanya nak pegi kejap je.
alih-alih dah pukul 1 pagi sebab ralit sangat tengok citer korea.
lepas tu senior cik aika yg dah jadi cikgu datang bilik aini.
borak punye borak dah nak kul 2 pagi. hmmm memang tak balik bilik la jawabnye.
kesian rumet tido sorang. tapi rasanya dia tido awal.


dah tengah hari lapar la kan. pergi kafe KC tapi cam takde lauk je.
so terus jalan kaki g food court. best sebab tak ramai orang pun. 
mungkin ramai yg balik kg. tapi yg tak bestnya, mahal giler lahhh. 
rata-rata kedai kat situ baru sebab yg lama da habis kontrak dgn upm.
ingatkan boleh dapat murah le. cik aika ambik ikan kembung dgn telur masin je kene RM5. 
mahal kan? lepas ni makan kat park view jelah. 
lebih berbaloi-baloi walaupun jauh sikit.


lepas makan, tengok tv kat blok mahsuri dgn kawan2. citer hindustan. 
tapi citer entah apa-apa. mcm lucah skit. terus tukar channel lain.
channel lain pun bosan jugak. terus buat keputusan naik bilik.
lepas solat terus on laptop. mcm biasa internet free kat bilik tak dapat. grrrrr.
terpaksa la guna beruk yg mcm siput. memang slow giler.
sakit hati makin bertambah. sabo jelah cik aika oi.


Sebab tu terus bukak blog. rasa nak menaip, terciptalah entry ini hehe.
tetiba rasa nak mengemas barang yg berlungguk nu. lepas ni mana boleh simpan dlm stor dah.
terus bawak balik rumah. abang cik aika dah tanya-tanya banyak tak barang?
ofkos la banyak. 4 tahun kot haha.


Harap-harap ayah cik aika dapat datang ke Melaka. 
sebab nampak harapan dia nak jumpa adik lelaki dia yg dah lama tak jumpa.
pak lang cik aika sekarang tinggal di Bukit Katil.
cik aika pun teringin gak nak jumpa sedara yg dah lama tak ketemu.
dah 10 tahun rasanya. kali terakhir paklang balik masa cik aika tingkatan 3.
sekarang cik aika dah 24 tahun. bayangkanlah lama mana kan :)


Ok lah, setakat ni cik aika merepek meraban. bukan ada org baca pon hehehe.
jumpa di lain entry. daaaa..


See You soon by Grzegorz Kula - Stock Photo

Friday, March 9, 2012

nikmat

Alhamdulillah. minum pagi cik aika harini 5 cucuk sate & air sarsi suam. hehe.
rezeki di pagi hari. baru tadi cik aika kate dapat minum air je kan.
tup2 lepas rumet bangun tadi, dia cakap semalam belikan sate utk cik aika.
tapi cik aika tido awal. so dia simpankan dlm peti ais.
cik aika panaskan dgn rendam dlm air panas je.
mana nak cekau mikrowave kan :D
terharuuuuu.. tq rumet.


betol kate rumet, sedap la sate ni. sedap lg dari sate hj samuri hehe.
kuah dia sedappp. 5 cucuk pun dah kenyang, bagi bukan peminat tegar sate mcm cik aika ni la.
apa pun alhamdulillah :)



sumber :: Google 
 

Hari ni cik aika bangun awal. biasa lepas subuh cik aika tido balik haha oppss.
sarapan minum je kot. kalo ada mak kat sini kan best hihi.
memikirkan apa yg nak dibuat hari ni. 


cerpen belum dikarang. asgment belum disentuh. rph pon belum dikarang.
tinggal tak sampai sebulan utk cik aika buat semua ni.
kerja-kerja terakhir di upm. tetiba rasa sebak bermukim di hati.

sungguhhhh. cik aika tak pernah rasa sesebak ini.


mood : hiba.
namun, perjalanan hidup masih jauh. banyak lagi onak & duri yg akan mendatang.
semoga selamat semuanya.


  

Wednesday, March 7, 2012

siyes rasa penat!



Bila penat menguasai diri ni, terhasillah entri malam ni hehe..
Bukannya rajin sangat pun nak update sebenarnya. cuma rasa nak meluah dlm blog :)
siyes hari rabu & khamis rasa letih badan ni. kelas pack dari 9-6 petang.












terima jela baik & buruknya. 
esok kena present satu induksi set antara 3-5 minit.
dah dapat idea yg nak dibuat. tapi risau gak kene komplen dgn si tuttt.
nak dikomplen je kerjanya. huhu.
duduk je pun penat kan. tu belum lagi kat sek nanti huhu. sabo jela ea. dah itu yg hang pilih.






apa pun terima jelah. ada betulnya cuma pendekatan yg dipilih mengguris rasa.
manusia tak sempurna kan?
x gitu.


 walau apa pun, perjuanganku tetap perlu diteruskan.

Tuesday, March 6, 2012

P.R.A.K.T.I.K.A.L

Tak lama cik aika akan pergi praktikal huhu. Di SMK Seri Mahkota, Umbai, Merlimau. 
Alhamdulillah, urusan rumah sewa dipermudahkan. Housemate yg cari.
Sekolah pun dah pi survey. Siap curi-curi bergambar lagi lepas student masok sekolah hehe. maluuuu...



 

Cik aika dan rakan-rakan ke Melaka selama 2 hari 1 mlm..
memang penat tp best. masing2 sek jauh. tak dapat jumpa da lepas ni huhu.
macam-macam ragam kawan-kawan cik aika sepanjang perjalanan.
dari yg kelakar hinggalah tetiba sedih. 


destinasi pertama ke SMK Ayer Keroh, kemudian ke SMK (P) Methodist, 
kemudian barulah ke Merlimau :)
bermalam di rumah kakak rakan cik aika di sana.
Alhamdulillah, dapat merasa ikan bakar umbai yg famous tu. tq kak zarifah sebab belanja.
segannnnnn sebenarnya huhu.

  

  

 

Apa pun, ekspedisi kami berenam ini tak akan cik aika lupa sampai bila-bila.
lepas ni masing-masing dah berpisah, akan buat haluan sendiri.
mcm tak percaya je dah 4 tahun kite bersama. 
sekejap je masa berlalu.
i will always miss you friends!



:: Dgr citer, pengetua sekolah cik aika strict skit. seorang perempuan & kategori cemerlang huhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...