WELCOME TO MY BLOG

click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Saturday, September 22, 2012

Pengalaman + Kesabaran

Assalam.

Amboii semangat kan cik aika update hihi. nak hilangkan boring ni duduk sorang-sorang (paksu maksu balik kampung) so nak ceciter sikit2 kat sini lah :)


Sekarang ni kan cik aika mengajar murid-murid Tahun 1 kan.
Alkisahnya, murid-murid Tahun 1 sekarang ni berada dalam sistem Kurikulum Standard Sekolah Rendah atau nama glamornya KSSR. 
Namanya tidaklah semudah yg disebut. Tambahan plak, cik aika mengajar murid-murid kelas lemah.
Dalam perkataan yg canggih sikit hehe, murid-murid LINUS. 
Linus ni plak ada dua iaitu LINUS biasa dan LINUS Tegar.
Tau tak apa itu LINUS?
(cik aika pun taktau sebelum ni heheheh)

Secara asasnya, program LINUS ni ialah  :

Akronim kepada perkataan LI (Literasi), NU (Numerasi) dan S (Screening – Saringan). Jadi LINUS merupakan Program Saringan Literasi dan Numerasi.



Program ini dirancang dan dibentuk sebagai penambahbaikan program sedia ada (KIA2M), untuk memastikan semua murid Tahun 1 pada 2010 menguasai asas membaca, menulis dan mengira pada akhir tahun 3, menjelang Tahun 2011.

DEFINISI LITERASI

Keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian.
KEMAHIRAN ASAS LITERASI

TAHUN 1 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 500 patah perkataan dan ayat mudah.
TAHUN 2 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 800 patah perkataan dan ayat mudah menggunakan kata sendi.
TAHUN 3 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 1000 patah perkataan dan ayat mudah dengan kata sendi dalam satu perenggan.

12 KONSTRUK YANG DIUKUR DALAM SARINGAN LITERASI

Konstruk 1 : Keupayaan membaca dan menulis huruf vokal dan konsonan.
Konstruk 2 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata terbuka.
Konstruk 3 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata terbuka.
Konstruk 4 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata tertutup.
Konstruk 5 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup.
Konstruk 6 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutup ‘ng’.
Konstruk 7 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi diftong
Konstruk 8 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi vokal berganding.
Konstruk 9 : Keupayaan menulis perkataan yang mengandungi digraf dan konsonan bergabung.
Konstruk 10 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang berimbuhan awalan dan akhiran.
Konstruk 11 : Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah.
Konstruk 12 : Keupayaan membaca, memahami dan menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan.

DEFINISI NUMERASI

Keupayaan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan harian.

KEMAHIRAN ASAS NUMERASI
TAHUN 1
- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 50.
- Operasi asas : Faham fakta asas tambah dan tolak
- Aplikasi : Mengira wang hingga RM 10, memahami masa dan ukuran asas
TAHUN 2
- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira turutan nombor hingga 100
- Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi
-Aplikasi : Mengira wang hingga RM 50, memahami waktu dalam jam dan mengukur panjang/pendek objek
TAHUN 3
- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 1000.
- Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi
- Aplikasi : Mengira wang hingga RM 100, memahami waktu dalam jam dan minit serta mengukur objek dalam unit piawai

12 KONSTRUK YANG DIUKUR DALAM SARINGAN NUMERASI
Konstruk 1 : Keupayaan pra nombor dan mengenal angka
Konstruk 2 : Keupayaan membilang
Konstruk 3 : Keupayaan memahami nilai nombor
Konstruk 4 : Keupayaan membuat seriasi
Konstruk 5 : Keupayaan mengenal mata wang Malaysia
Konstruk 6 : Keupayaan menyatakan waktu
Konstruk 7 : Keupayaan mengendalikan operasi asas
Konstruk 8 : Keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan mata wang Malaysia
Konstruk 9 : Keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan isipadu.
Konstruk 10 : Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik dan sebaliknya
Konstruk 11 : Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian terhad kepada nombor bulat
Konstruk 12 : Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian melibatkan mata wang, masa dan ukuran panjang.


Panjang lebaq kan! haha ni copy je daripada internet. 


Nampak tak perkataan konstruk?? Itula yg memeningkan kepala cik aika sekarang ni. Murid-murid kelas cik aika rata-rata kategori LINUS tegar. Hanya beberapa orang sahaja kategori arus perdana (maknanya budak yg boleh membaca & menulis dgn lancar). Tambahan plak cik aika pegang guru kelas budak-budak ni. Konstruk tu perlu dibuat sehingga band 6 mcm PBS. Tapi, sah-sah la bebudak ni takkan sampai band 6. Sekarang ni band 3 pun belum settle. Memang ada yg tak boleh membaca. Tapi tak la pelik sebab baru tahun 1 kan. Bila suruh pergi kelas pemulihan tak nak plak huhu geram betol. 



Bulan Oktober ni plak ada Saringan 3 utk membaca dan menulis. Entah la depa ni macam mana. Risau dibuatnya. Nak ajar mengeja sorang-sorang pun masa tak cukup. Dgn nak kejar konstruk tu lagi. Dah la buas-buas semuanya. Tak larat dah nak pulas telinga huhu. 



Apapun semua masalah ada penyelesaiannnya. Cuma kadang kesian tengok bebudak yg tak reti membaca ni. Tapi takpa la kan, masih lg panjang perjalanan depa. 


Semoga Allah sentiasa memberi kesabaran dan kesungguhan kepada cik aika utk membantu murid-murid ini. Ameen.

Kenyang Perut Suka Hati

Hari ni perut sangat overload. Phewww! Rasa nak meletop hahaha.

Alhamdulillah dgn rezeki yg dikurniakan. Hari ni ada acara pot luck kat sekolah. Perlu skip diet! haha diet la sangat huh. 

Menu pagi - nasi lemak + sambal sotong + sambal ikan bilis + bubur nasi. 

Menu tengah hari - nasi hujan panas + daging masak hitam + ayam masak merah + pandan cheese puding + kek lapis buah + apam polka dot + ketupat + rendang + tembikai + puding karamel + sirap + oren cheese blueberry tart
(nak tangkap pic segan. nanti kena cop jakun plak kihkih)

Ada lagi, tapi "tu jerr" cik aika makan hehehehehe. Erkkk Alhamdulillah :)

Wednesday, September 12, 2012

ITS MY CONVO!!

Assalamualaikum wbt.

ALHAMDULILLAH, cik aika bakal menamatkan pengajian dgn segulung ijazah! Syukur ke hadrat Ilahi, dapat jugak cik aika bergraduat setelah berhempas-pulas menghabiskan pengajian selama 4 tahun.


dengan ini, saya akan dianugerahkan ijazah :

BACELOR PENDIDIKAN (PENGAJARAN BAHASA MALAYSIA SEBAGAI BAHASA PERTAMA)
- panjang tol nama kos hihi -

pada 14 Oktober 2012 bersamaan hari AHAD [sesi petang]



Kejayaan ini hadiah buat mak dan ayah yg telah banyak berkorban utk anaknya ini. Doa tidak putus siang dan malam. Rasa gembira kerana membuatkan mak dan ayah berbangga dengan pencapaian ini walaupun tidaklah sehebat orang lain. Rasa penat lelah selama ini berbaloi memandangkan aku merupakan anak gadis sulung yg menamatkan pengajian peringkat ijazah. Dah lawan abang aku hehe dia lg berapa tahun tah nak habih sebab buat part time degree kat UTM. 



- tapi, semangat nak berkonvo belum mai lagi huhuhu - 

Monday, September 10, 2012

Day 1


Aku : Awat ustazah masuk td hampa senyap ja? Saya masuk x reti duk diam.
Murid : Dah cikgu tak garang. Cikgu lain garang nak mampuih.
Aku : Amboihh xpa2. siap nanti hampa.

Murid : Cikgu, xmau blajaq la arini.
Aku : Pasai pa plak. Kena blajaq la.
Murid : Xpala. Nak sembang ngan cikgu. (Mai kat depan meja guru, tak p dah tempat duduk)


(Mentang2 la muka aku xdak langsung ciri kegarangan. Xpa2 baru hari pertama)


Itulah salah satu situasi hari pertama aku di SK. To' Bedor, Kepala Batas, Pulau Pinang.
Dialog di atas dah tentu la loghat utara kan hehe. 
Beza kali ni aku mengajar murid sekolah rendah, 
subjek Bahasa Melayu Tahun 1 dan Matematik Tahun 2 dan 3.
Tapi, blur2 jugak la hahaha.

Dan baru aku tahu sekarang, istilah GSTT dah ditukar kepada KGSK.
(Kumpulan Guru Simpanan Kebangsaan).
Ingatkan ada perempuan simpanan je, guru pun ada hehe.  


Harapnya semua baik2 saja la.
Ameen.

Friday, September 7, 2012

September ^_^

Assalamualaikum wbt.


Adoiii blog ni bersarang lagi hihi. Jenuh gak nak bersihkan. Bila dah habis belajar ni, paham2 lah yer mood nak menaip mcm mana. Lagipun tak ada story yg best pun utk dibebelkan. Kalo berleter banyak2 pun tak ada org nak baca gak hahaha. Cik Aika muncul ni pun nak bagitau owner blog ni masih ada. Alhamdulillah masih sihat walafiat :))



Diam tak diam, dah sebulan lebih aku memegang title penganggur berijazah hehe start puasa sampai la dah habis raya ni nak masuk bulan lain dah pun. Adik pun dah nak balik UPM, dah tak ada geng nk merayap sana sini huhu. Maklumlah si kakak yg dah tua ni baru nak ambik lesen keta hihi. 



Isnin ni jugak aku dah start kerja. Semoga baik-baik saja lah. Ameeen. Tunggulah posting yg belum berkunjung tiba itu. Sama-samalah kita doakan :)



Dan taun depan aku bakal bergelar makteh. Opsss taknak "mak" tapi cikteh cukup la hehe (org perasan muda mcm tu la). Cucu sulung mak ayah aku. Cicit pertama tok dan tokwan. Semoga ayah, ibu dan baby sentiasa sihat dan dipelihara oleh Allah swt. 



Setakat itu dulu daripada cik aika. kalo rasa nak merepek lagi nanti cik aika update hehe.



Salam Kerinduan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...