WELCOME TO MY BLOG

click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Wednesday, March 27, 2013

Interim!

Assalamualaikum wbt.


Dah lama tak merapu meraban kat sini. Maklum la sibuk sikit sekarang ni (sibuk la sangat) hehe. Tambah plak tak ada internet connection. Jadi sunyi sepi la.


Ok berbalik kepada interim. Ramai yg masih keliru apa itu interim. Istilahnya juga masih asing dalam kalangan guru sendiri memandangkan jawatan ini baru diwujudkan pada tahun 2012. Bagi yg tak tahu meh nak ceciter sikit hehehe.


Guru Interim atau "guru sangkut" atau "guru sandaran terlatih" ialah :


~ Guru yang dilantik oleh Jabatan Pelajaran Negeri bagi mengisi kekosongan sementara di sekolah-sekolah KPM namun penempatan ini tidak bersifat kekal. KPM berhak menyusun semula penempatan bagi mengisi kekosongan di sekolah-sekolah yang lebih kritikal. 


~ Seseorang yg diambil bertugas sebagai guru di bawah KPM bagi mengisi kekosongan hakiki tetapi belum dilantik sebagai Pegawai Pendidikan Siswazah (PPS) oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP).


atau kata lainnya sebagai "prapenempatan (posting)"

Interim melibatkan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) IPTA dan graduan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) IPG.


Ok itulah interim. dan tuan blog ini juga sedang menjadi guru interim kala ini hehe. 
Pada tahun 2012, penempatan guru interim ini hanya di negeri asal tetapi bermula tahun 2013 ia dilakukan secara berserakan mengikut kekosongan jawatan di seluruh negara. Walau bagaimanapun ada juga yg mendapat penempatan di negeri sendiri. 


Di mana penempatan cik aika??  
Entah bagaimana aku telah terpilih utk menjalani interim di Banting, Selangor. Sedangkan hampir semua rakanku yg berasal dari utara tanah air ditempatkan di Kedah & Pulau Pinang. Agak sedih jugak la pada mulanya hihi tapi aku sentiasa sematkan dlm hati, ada hikmah yg menanti :)


Nak tahu sekolah mana cik aika berkhidmat sekarang?
Jeng..jeng..jeng..






SEKOLAH MENENGAH SAINS BANTING ^_^

Jalan Sultan Suleiman Shah, Jugra,
42700 Banting,
Selangor Darul Ehsan.


Sekolah ini baru beroperasi pada tahun 2011. Mungkin aku sudah ditakdirkan utk berkhidmat di sekolah baharu. Sekolah aku berpraktikal dahulu juga merupakan sekolah baharu. Secara kebetulan pula, kedua-dua sekolah baru ini diterajui oleh Pengetua lelaki. Dan sewaktu aku bergelar guru ganti, Guru Besarnya juga lelaki. Persamaan lain, ketiga-tiganya seorang yg baik. Setakat ini aku belum pernah merasai bekerja di bawah bos wanita hehe. 


Walau bagaimanapun, interim ini bukanlah bermakna penempatan kekalku. Siapa tahu mungkin aku akan berkhidmat di sekolah lain pula selepas ini. Hanya Allah saja yg tahu :) 


Namun disebabkan namaku sudah tersenarai di Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh/Sekolah Kecemerlangan jadi kemungkinan posting-ku juga di SBP (perkara yg paling aku nak elak) namun sudah tersurat rezekiku di sini. Status posting pula masih belum diputuskan. Aku akan berinterim di sini sehinggalah tarikh posting diumumkan kelak yang dijangka pada bulan Mei 2013.


Jika aku ditakdirkan terus berkhidmat di SMS Banting atau nama glamornya BASIS, aku tetap menerima dgn hati yg terbuka. Tambahan pula, aku sudah mula jatuh sayang dgn adik-adik BASIS (tak nak mengaku tua haha). 

Sesungguhnya, segala aturan daripada Allah SWT adalah sebaik-baik percaturan.

Tuesday, February 12, 2013

makcek!

Assalamualaikum wbt. 




Baby Aisy Zayyad dah keluar melihat dunia :)
dan cik aika jadi makcek la hukhuk tua dah den. 

Monday, January 28, 2013

Memang Ajaib!

Assalamualaikum :)


Benda yg aku tunggu-tunggu dah sampai iaitu PEMANGGANG AJAIB! hehe. dah order lama dah dari maksu tapi ni baru stock ada. aku beli dgn harga RM115 kalau harga di pasaran mungkin lebih sikit la. 
(gambar ince google)

salah satu sebab aku beli ni sebab terpengaruh dgn iklan jugak la hehe ada kan tunjuk dekat tv1 dulu. tapi sebab yg utamanya, memang memudahkan utk kita memasak. sangat cepat dan menjimatkan masa. antara yg boleh kita buat seperti ikan bakar, ayam bakar dan semua jenis makanan yg nak dibakar lah hehe. kek, pizza, kuih bingka (org utara panggil "bengkang"),  apam balik dan banyak lagi lah. google je mesti ada banyak resepi. sebab tu dipanggil ajaib kot. lagipun guna atas dapur biasa je. yg tak rajin mcm aku pun automatik bole jadi rajin memasak hehe. juga sesuai utk dihadiahkan utk org tersayang seperti mak kita :)

(dalamnya mcm ni. pun dari ince google)

Yg bestnya jugak kuali ni tak melekat (mcm pan yg lain juga) dan tak perlu nak buka tutup utk kalihkan ikan atau ayam. just terbalikkan kuali ni. mudah kan. kalau sayang tak nak pan ni terbakar kedua-dua belah atas dan bawah gunalah senduk (mcm mak saudara aku tu hehe) tapi senduk jenis plastik atau kayu je ok. nanti rosak la pan ni kalo guna yg besi.


Aku baru try bakar daging burger dengan sosej je. memang cepat dan mudah. Yg penting tak perlukan minyak. sihat la sikit kan. nanti nak try resepi lain. dengarnya bakar kek coklat pun sekejap je dlm ni. lebih kurang dlm 15-20 minit. ni yg aku suka ni hehe. 


Pemanggang ajaib ni kiranya hadiah advance utk mak aku la. dlm masa yg sama aku dan adik pun boleh guna. 2 in 1. bijak tak aku haha. lagi satu hadiah buku resepi ni.



Dalam ni mudah je resepinya (aku ni nak yg mudah-mudah je hehe). dah banyak cuba resepi dalam ni dan confirm menjadi. maklum la sekarang jadi suri rumah tak bertangga sementara tunggu posting. buku ni memang sesuai utk wanita yg kurang pandai memasak macam aku haha. buku ni pun terhangat di pasaran tau. dulu cari kat KL dah habis. ni pun ulang cetak dah ke berapa kali dah. adik aku yg tolong belikan. dia yg semangat memasak guna resepi dalam ni. siapa yg berazam nak belajar memasak bolehlah dapatkan buku resepi ni yg berharga RM39.90 di kedai-kedai buku berhampiran. 



Baiklah setakat ini sahaja segmen iklan tidak berbayar dariku hehe. Jumpa di lain segmen :P



Monday, January 21, 2013

Leisure Time

Assalamualaikum (jawab dalam hati pun takpa :)

Disebabkan kebosanan, aku nak merepek kat sini lah. Tapi tak ada benda pun nak cerita sebenarnya hehe. 

2 hari lepas ayah ajak keluar makan. Tak jauh pun area Kulim jugak. Restoren apa ntah nama dia (tak ambik tau pun haha). Keluar rumah pun dah lewat, around 10 pm sebab tunggu bangpit balik kerja. Maklum la orang kerja sendiri. 

Ni namanya lai chi kang hehe semua tau la kan. i punya. tapi kurang umpp la sebab bahannya tak banyak.

  
my sis, mira and mak. depa memang sama taste. order makanan pun sama.


my second bro, syafiq and my younger bro, nafis amir. aku dan dia ibarat anjing dgn kucing. musuh dalam selimut haha tapi lepas gaduh baik balik tak sampai 10 minit. bab cari pasal dan mengutuk aku memang pro.


Bihun Hailam ordered by my sis and mak.

jahat ni minum lai chi kang aku tanpa kebenaran. air dia epal asamboi mungkin tak sedap. nasib la tak pandai order kahkah

persamaan :: order makanan yg sama, nasi goreng cendawan seafood (menu taknak kalah hehe) dan kedua-duanya kebulur huhu

ayah yg obses sangat dgn bihun huhu dalam banyak2 menu bihun jugak yg diorder. 


Balik dari makan terus pergi Tesco Kulim. Depan restoren je pun haha. Skrg Tesco kan tutup pukul 1 pagi so cuci mata jap kat sana. tertengok jugak barang-barang baby yg kiut miut oppss hehe.


sebenarnya nak cari hadiah. so the end, beli set mainan and stationery ni utk birthday girl.
keesokannya pergi Putra Bertam celebrate birthday my cousin ni. 

"Hai nama saya Aqila Alisya. Alisya kecik lagi baru 3 tahun"
dah 4 tahun la lisya haha. budak banyak akai ni suka mekap sebab tu belikan set mainan mekap. lipstik dan blusher tu aku yg pakaikan hihi. Tak tahan siap puji diri sendiri lagi, "Cantiknya Alisya.. nak pakai gencu merah2" :)

 Ini budak tarak gigi hihi. masa ni nak suruh bangchik tiup mata dia masuk habut katernyerr..

Di bawah ni sesi tayang baju, isk isk.

nafis amir a.k.a bangchik

syafi sulaiman

aqil hussaini a.k.a bangah
  
 gambar atas ni takyah explain sapa la kan hikhik

alkisahnya topeng ni dia dah bagi putus talinya. gigih p sambungkan balik sebab awal-awal dah cakap tak bagi yg lain dah kalo putus. 

my sis dgn all time favourite-nya, laksa. 

Kek ado tapi tak tangkap gambo la pulak. ramai orang sangat malas nak p bersesak. sempat makan sekeping kek je sobsob.

Itu sajalah entri utk hari ini hehe. Entri akan terbit bila mana kebosanan yg melampau dan ada cerita ceriti lah. Bertemu di lain masa :)


Wassalam.


Monday, January 14, 2013

"Prisoner Break" yg tak menjadi..


Assalamualaikum wbt.


Sekarang tengah isu hot tentang orang kena tahan (OKT) yg meloloskan diri di Butterworth, Pulau Pinang kan. Mereka memukul dan merampas van polis. Mereka dieskot dari Penjara Pulau Pinang, dibawa ke Mahkamah Seksyen utk sebutan kes jenayah. Jumlah tahanan seramai 9 orang (dua tidak melarikan diri, dua sudah ditembak bunuh, seorang menyerah diri disebabkan lapar, sorang menyerah diri di pasar, sorang ditahan di cyber cafe dan dua lagi masih belum diberkas ketika ini). Itulah dah ada penyakit (masuk penjara), cari pulak penyakit lain, p lari plak. Tak ka padan muka kena cari sampai lubang cacing. Tak pasal-pasal hukuman jadi double plak. Polis dari Bukit Aman pun mai berkampung kat sini. Confirm masuk balik nanti kena lenjan sampai lembik! huhuhu.



Aku saja tulis pasal ni sebab kejadian ni berlaku tidak jauh dari kampung aku sebenarnya hehe. Di mana mereka bersembunyi di kawasan Tasek Gelugor. Van polis yg mereka tinggalkan pun dekat dgn rumah mak sedara aku berhampiran Kampung Padang Chempedak. Tapi aku yg tinggal kat Kulim ni tak ada la risau sangat tapi mana la tau kan kot2 mereka terlepas ke sini. Bukan jauh sangat pun. Cuma tertarik utk mengikuti kes ni sebab berlaku di kawasan yg aku kenal sangat. Lagi pula antara tahanan tu ayah aku kenal sebab dari kampungnya di Pokok Tampang. Salah sorang yg ditembak bunuh pula bekas murid di SMK Penanti tempat mak saudara aku mengajar. Tapi dia tak kenal pun hehe. Kawasan hot sekarang ni tentulah Penanti, Kubang Semang, Permatang Pauh, Permatang Pasir, Tasek Gelugor, Ara Kuda dll. Dah kawasan depa jugak memang bole menyorok la. 



Bila tengok berita dan baca pasal kes ni kadang-kadang terkesian pulak. Bukan apa, teringat keluarga depa-depa ni. Macam mana keluarga depa menghadapinya kan. Mestila ada anak bini, mak ayah semua. Lagi bertambah kesian ada yg lembik sebab tak makan dan sampai sanggup minum air longkang. Akhirnya terpaksa menyerah diri jugak. Macam mak aku cakap la, tak kemana pun depa ni sebab lapar. Tapi kesian macam tu je la sebab depa ni penjenayah kot!!



Ada baca satu blog, salah sorang yg menyerah diri tu menceritakan sebenarnya depa dah 6 bulan rancang benda ni. ENAM bulan beb bukan 6 hari. Fuuuhh memang nekad betol depa nak lari. Kononnya nak lari sampai ke Siam la. Sempat lagi balik rumah ambil pistol. Penjenayah tegar la katakan. Geng Mafia plak tu. Last-last kena tembak. Kuasa Tuhan tetap tak boleh lawan. 



Ada juga yg bercerita, depa ni merompak tapi hasil tu diderma ke rumah anak-anak yatim. Ala-ala Robin Hood la kononnya tapi versi Penang! Entah betul ke tidak wallahualam. Tapi niat tetap tidak boleh menghalalkan cara. Tetap berdosa sebab mengambil hak orang lain secara kekerasan. Tapi macam tak je sebab antara kes depa ni menyamun, merompak, membunuh dan mendatangkan kecederaan. Takkan la baik hati sangat nak bagi hasil rompakan depa kan (ni cuma pendapat aku je la hehe). Tambahan plak ayah aku cakap OKT yg dia kenal tu dari kecik lagi suka mencuri. Nak buat macam mana, itu jalan yg dia pilih kan.



Polis yg terlibat mungkin akan dikenakan hukuman disebabkan kecuaian. Kesian juga kat polis tu. Dah la kena pukul, hukuman pun kena jugak. Kes ini perlu dijadikan pengajaran utk semua tak kiralah pihak berkuasa atau masyarakat sekeliling. Mungkin Tuhan ingin mengejutkan mereka-mereka yg lalai termasuk kita sendiri. Kalau tak terjadi benda ni kita masih berada dlm keadaan yg "selesa" lagi. Disebabkan kes ini juga pihak-pihak terbabit akan lebih berhati-hati tentang keselamatan dan tidak mengambil ringan tentang perkara yg perlu diambil berat. Bagi masyarakat pula, tentulah keselamatan diri dan kediaman dijaga takut-takut perkara buruk boleh terjadi. Penjahat dah makin ramai sekarang ni. Entah-entah orang yg dekat dgn kita pun boleh jadi penjenayah. Dan aku percaya, ada hikmahnya walaupun pahit utk ditelan oleh mereka yg menghadapinya. Wallahualam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...