WELCOME TO MY BLOG

click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Monday, January 28, 2013

Memang Ajaib!

Assalamualaikum :)


Benda yg aku tunggu-tunggu dah sampai iaitu PEMANGGANG AJAIB! hehe. dah order lama dah dari maksu tapi ni baru stock ada. aku beli dgn harga RM115 kalau harga di pasaran mungkin lebih sikit la. 
(gambar ince google)

salah satu sebab aku beli ni sebab terpengaruh dgn iklan jugak la hehe ada kan tunjuk dekat tv1 dulu. tapi sebab yg utamanya, memang memudahkan utk kita memasak. sangat cepat dan menjimatkan masa. antara yg boleh kita buat seperti ikan bakar, ayam bakar dan semua jenis makanan yg nak dibakar lah hehe. kek, pizza, kuih bingka (org utara panggil "bengkang"),  apam balik dan banyak lagi lah. google je mesti ada banyak resepi. sebab tu dipanggil ajaib kot. lagipun guna atas dapur biasa je. yg tak rajin mcm aku pun automatik bole jadi rajin memasak hehe. juga sesuai utk dihadiahkan utk org tersayang seperti mak kita :)

(dalamnya mcm ni. pun dari ince google)

Yg bestnya jugak kuali ni tak melekat (mcm pan yg lain juga) dan tak perlu nak buka tutup utk kalihkan ikan atau ayam. just terbalikkan kuali ni. mudah kan. kalau sayang tak nak pan ni terbakar kedua-dua belah atas dan bawah gunalah senduk (mcm mak saudara aku tu hehe) tapi senduk jenis plastik atau kayu je ok. nanti rosak la pan ni kalo guna yg besi.


Aku baru try bakar daging burger dengan sosej je. memang cepat dan mudah. Yg penting tak perlukan minyak. sihat la sikit kan. nanti nak try resepi lain. dengarnya bakar kek coklat pun sekejap je dlm ni. lebih kurang dlm 15-20 minit. ni yg aku suka ni hehe. 


Pemanggang ajaib ni kiranya hadiah advance utk mak aku la. dlm masa yg sama aku dan adik pun boleh guna. 2 in 1. bijak tak aku haha. lagi satu hadiah buku resepi ni.



Dalam ni mudah je resepinya (aku ni nak yg mudah-mudah je hehe). dah banyak cuba resepi dalam ni dan confirm menjadi. maklum la sekarang jadi suri rumah tak bertangga sementara tunggu posting. buku ni memang sesuai utk wanita yg kurang pandai memasak macam aku haha. buku ni pun terhangat di pasaran tau. dulu cari kat KL dah habis. ni pun ulang cetak dah ke berapa kali dah. adik aku yg tolong belikan. dia yg semangat memasak guna resepi dalam ni. siapa yg berazam nak belajar memasak bolehlah dapatkan buku resepi ni yg berharga RM39.90 di kedai-kedai buku berhampiran. 



Baiklah setakat ini sahaja segmen iklan tidak berbayar dariku hehe. Jumpa di lain segmen :P



0 budak comel :):

Post a Comment

Terima Kasih kerana membaca coretan Cik Aika :)
Sila Datang Lagi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...