WELCOME TO MY BLOG

click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Wednesday, March 27, 2013

Interim!

Assalamualaikum wbt.


Dah lama tak merapu meraban kat sini. Maklum la sibuk sikit sekarang ni (sibuk la sangat) hehe. Tambah plak tak ada internet connection. Jadi sunyi sepi la.


Ok berbalik kepada interim. Ramai yg masih keliru apa itu interim. Istilahnya juga masih asing dalam kalangan guru sendiri memandangkan jawatan ini baru diwujudkan pada tahun 2012. Bagi yg tak tahu meh nak ceciter sikit hehehe.


Guru Interim atau "guru sangkut" atau "guru sandaran terlatih" ialah :


~ Guru yang dilantik oleh Jabatan Pelajaran Negeri bagi mengisi kekosongan sementara di sekolah-sekolah KPM namun penempatan ini tidak bersifat kekal. KPM berhak menyusun semula penempatan bagi mengisi kekosongan di sekolah-sekolah yang lebih kritikal. 


~ Seseorang yg diambil bertugas sebagai guru di bawah KPM bagi mengisi kekosongan hakiki tetapi belum dilantik sebagai Pegawai Pendidikan Siswazah (PPS) oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP).


atau kata lainnya sebagai "prapenempatan (posting)"

Interim melibatkan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) IPTA dan graduan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) IPG.


Ok itulah interim. dan tuan blog ini juga sedang menjadi guru interim kala ini hehe. 
Pada tahun 2012, penempatan guru interim ini hanya di negeri asal tetapi bermula tahun 2013 ia dilakukan secara berserakan mengikut kekosongan jawatan di seluruh negara. Walau bagaimanapun ada juga yg mendapat penempatan di negeri sendiri. 


Di mana penempatan cik aika??  
Entah bagaimana aku telah terpilih utk menjalani interim di Banting, Selangor. Sedangkan hampir semua rakanku yg berasal dari utara tanah air ditempatkan di Kedah & Pulau Pinang. Agak sedih jugak la pada mulanya hihi tapi aku sentiasa sematkan dlm hati, ada hikmah yg menanti :)


Nak tahu sekolah mana cik aika berkhidmat sekarang?
Jeng..jeng..jeng..






SEKOLAH MENENGAH SAINS BANTING ^_^

Jalan Sultan Suleiman Shah, Jugra,
42700 Banting,
Selangor Darul Ehsan.


Sekolah ini baru beroperasi pada tahun 2011. Mungkin aku sudah ditakdirkan utk berkhidmat di sekolah baharu. Sekolah aku berpraktikal dahulu juga merupakan sekolah baharu. Secara kebetulan pula, kedua-dua sekolah baru ini diterajui oleh Pengetua lelaki. Dan sewaktu aku bergelar guru ganti, Guru Besarnya juga lelaki. Persamaan lain, ketiga-tiganya seorang yg baik. Setakat ini aku belum pernah merasai bekerja di bawah bos wanita hehe. 


Walau bagaimanapun, interim ini bukanlah bermakna penempatan kekalku. Siapa tahu mungkin aku akan berkhidmat di sekolah lain pula selepas ini. Hanya Allah saja yg tahu :) 


Namun disebabkan namaku sudah tersenarai di Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh/Sekolah Kecemerlangan jadi kemungkinan posting-ku juga di SBP (perkara yg paling aku nak elak) namun sudah tersurat rezekiku di sini. Status posting pula masih belum diputuskan. Aku akan berinterim di sini sehinggalah tarikh posting diumumkan kelak yang dijangka pada bulan Mei 2013.


Jika aku ditakdirkan terus berkhidmat di SMS Banting atau nama glamornya BASIS, aku tetap menerima dgn hati yg terbuka. Tambahan pula, aku sudah mula jatuh sayang dgn adik-adik BASIS (tak nak mengaku tua haha). 

Sesungguhnya, segala aturan daripada Allah SWT adalah sebaik-baik percaturan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...