WELCOME TO MY BLOG

click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Monday, August 29, 2011

SLMT HARI RAYA ^__^

Dalam bemesra mungkin terkasar bahasa,
Dalam bergurau mungkin terlanjur senda, 
Dalam berjanji mungkin ada yang belum dikota, 
Dalam berbicara mungkin ada yang menyingung rasa..
Jika ada kemaafan, itu jualah yang dipinta.. 
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin :)



Friday, August 26, 2011

mission in complete!!

Salam Jumaat :)

Ok seperti yg aku cakap semalam, aku ada satu misi penting yg nak buat kan..Alhamdulillah aku dah berjaya pun selesaikan misi tu..jawapannya misi membuat BISKUT DAM hehe..pung pang pung pang ingatkan biskut apa la yg special sangat kan..rupanya biskut dam je hekhek nasib la labu..


Bagi aku, biskut ni memang leceh la nak buat..kalo agak-agak sabar macam aku ni boleh la try hehehe..nasib baik mak aku tolong gak kalo tak aku rasa sampai waktu berbuka la aku dok mengadap tepung ni..muka pun dah sememeh mcm tepung wakaka..xpela raya setahun sekali je kan, ye dak..


Meh la aku nak tunjuk serba sikit proses bermain megadun biskut dam yg aku buat start pukul 10 pagi tadi hinggalah jam 3 petang..penat hoiii tapi berbaloi-baloi lah..dapat gak biskut raya :))

proses permulaan

comot sikit le..


Tadaaaa!! 
Lebihan tepung coklat aku buat bentuk ulat bulu hihi :) 




Akhirnya dah siap pun biskut dam yg adventure nih..berjaya jugak la..tangan keras kejung mcm aku ni mesti rasa mencabar sikit la buat ni..kalo teror mcm cik Leo Princess ape ada hal kan hehehe..ni pun dah besar rahmat aku nak buat kan muahaha :P


Tak cantik sangat le rope kuih raya teman ni..asal sedap dimakan sudah..(sedap ke???) hehehe..petak dam aku ada 4 je, takleh banyak2..nanti aku tayang lagi kuih raya dlm lemari ok..banyak lagi list kuih nak buat ni hihi..bukan senang nak nampak kerajinan aku buat kuih tau..time raya je ok :)


-Chow-

mengasah skill :)



Mode : Aku

Macam poyo lak ber-skill-skill bagai ni hehehe..aku ada satu misi yg agak penting jugak la bagi aku..skill membuat biskut yg mencabar (bagi aku yg tak teror mana ni)..biskut ni biasa-biasa je tapi dah lama tak tunjuk skill..aku pernah buat masa form 5 dulu..lama gila tak buat..taktau la menjadi ke tak..


Nak buat biskut ni perlukan kesabaran yg tinggi..masa pun agak lama nak buat, pastu nak bakar lak kan..dulu aku buat sorang-sorang dari mengadun sampaila menyusun dlm balang..kalau boleh nak elakkan dari buat tapi dah mem suruh, ku pejamkan mata jugak la huhu..pray for me :) 



# Takot tak menjadi sebab nanti rugi plak bahan..hihi..


Wednesday, August 24, 2011

Geisha - Cinta dan Benci





Tadi saje bukak website Hotfm nak usyar lagu-lagu baru, cik aika jarang dengar radio sekarang..maklum la dah ketinggalan ketapi hehe..so nak download la, nanti balik UPM dah tak boleh sebab kena block..pelik2, youtube tak kena pulak..so, tengok tajuk lagu ni mcm ada kena-mengena huhu then search dekat 4shared..Hmm boleh tahan jugak..feeling habis..Layannnn :)

Tuesday, August 23, 2011

tak tahu :((

"Dia" yg dimaksudkan :)
DongWook oppa!!

Mode : Aku

Rasa sakit tu dah makin sirna, 
tapi baru sekejap tadi ia datang balik..
memang bukan mudah nak lupakan memori,
tapi ia akan tetap dlm kenanganku..
sampai bila-bila..

Semalam, sorang kawan dia tegur aku dlm chat..
sebelum ni memang selalu jugak aku borak dgn kawan dia dekat fb, 
tapi dah lama tak bertukar cerita..
kawan dia akan sambung Master tak lama lagi, masih di UPM..
tapi hal itu dah lama aku tahu..

Tapi...
tak sangka pulak dia pun akan sambung Master jugak..
kawan dia yg bagitahu..
dan sekarang mereka kat UPM..
mungkin datang daftar kot..

Hmmm entahlah apa perasaan aku sekarang ni..
kalo boleh biarlah aku tak terserempak dgn dia even dia still stay kat kolej dia lagi..
tapi kebarangkalian itu sangatlah tipis..
mesti one day akan terserempak jugak..
bukan takut, tapi aku tak tahu nak tunjukkan reaksi yg bagaimana..
sebab sumenye dah tak macam dulu lagi..
masing2 dah mcm org asing.. Y_Y

Lepas ni, aku nak buat mcm biasa..
tak nak tunjuk sedih-sedih dan terkenang-kenang lagi..
ingatkan dah jauh boleh lupakan dgn mudah..
tapi, tak sangka pulak makin dekat semula huhu..
terbukti perancangan ALLAH itu lebih hebat..
Aku bukan bermusuh, jauh nak membenci..    
aku boleh berkawan..
tapi kalau org tak sudi,
takkan kita nak tersua-sua..
cuma, mungkin aku & dia tidak berjodoh..
buat masa dan ketika ini..
utk masa depan, tak berani nak cakap..
sebab hanya ALLAH je yg tahu..


Semoga semuanya baik-baik saja..apa pun aku doakan kejayaan & kebahagiaan utk dia yg pernah hadir dlm hidup aku..

Monday, August 22, 2011

Countdown raya..lalala~

Salam..

Wahhh senyap2 je dah kurang 10 hari kita berpuasa..macam tak rasa pun dh 20 hari kita tak makan di siang hari..tup2 dah raya kan hihi tu je ingat no..nak wat camne, lumrah org berpuasa.. :)


Mesti korang-korang pun dok kira hari nak raya kan? Elele baik ngaku cepat! Kan Engku kan hihihi..Baju raya da beli, kasut pun dah..kuih pun dah buat sikit2..hmm apa lagi erk tinggal hehehe..


Lagi tiga minggu nak balik UPM..sedih je rasa nak tinggalkan rumah..padahal dah 4 bulan kot merehatkan diri HAHA..sekejap je masa kan..dah nak masuk final year..macam2 perasaan sekarang ni..bukan mudah nak jadi pelajar tahun empat! TT____________TT

Friday, August 19, 2011

Tak semua org bernasib baik

Cik aika memang sedih bila tengok rancangan pasal rumah orang-orang tua kat tv..tambah pulak bila nak dekat raya ni..kadang-kadang menitis jugak air mata cik aika ni..cik aika terfikir, anak-anak yg tinggalkan mak ayah dorang kat rumah penjagaan ni tak ada hati perut ke? mana hilangnya perasaan sayang mereka dekat ibu bapa? selama ni, ibu bapa yg susah payah menjaga, membesar dan menyekolahkan anak-anak..tapi ni balasan mereka dekat kedua orang tua..


Cik aika teringat masa cik aika pergi melawat nenek saudara kat hospital sebelum puasa hari tu..toksu cik aika ditahan ward sebab penat & ada jangkitan kuman di paru-paru..depan katil toksu ada sorang makcik ni..asyik meracau2 je..suka panggil org naikkan katil dia & tolong urutkan badan dia..bila takde org hiraukan dia, dia marah-marah pulak..cik aika memang tak pergi la, bukan tak kesian..


Tapi dia suka sangat berleter tak henti-henti..dia mengeluh sebab takde sape datang jenguk dia..mungkin dia sedih, sebab ramai sedara yg datang jenguk toksu cik aika..bila dah tolong urutkan tangan dia, dia suruh plak urutkan kepala..kira macam mengada-ngada jugak la..lama-lama takde sape pun hiraukan dia..panggil nurse pun, dorang buat tak tahu je..dah malas nak layan kot..yg peliknya, bila nurse datang, dia tido je takde bunyi apa-apa..heran kan..



Tapi, bila cik aika tengok muka dia memang rasa kesian sangat..suami dia tak datang jenguk ke? mana sedara-sedara yg lain?? toksu bagitau sepatutnya dia dah boleh keluar wad tapi takde org nak datang ambik dia..mungkin takde org yg boleh jaga kot..memandangkan dia pun ada penyakit diabetes..kaki pun dah kena potong..lepas tu, ada lagi penyakit lain..



Mungkin jugak tak tahan dia dok bebel je setiap masa huhu..cik aika yg dok sekejap pun tak tahan, terus turun pergi ambik angin kat taman..toksu cakap dia memang tak leh nak tido asyik dengar makcik tu dok meracau..Dan, agak seram sikit la bila dia cakap "jangan la kacau aku, aku tengah sakit ni" Seolah-olah mcm ada "sesuatu" di depan dia..meremang gak bulu roma cik aika dengar..nasib baik toksu cik aika kena tahan 2 hari je..



Bila cik aika tengok pasal rumah orang tua-tua, terus cik aika teringat kat makcik ni..mungkin dia tidak diletakkan di rumah orang-orang tua tapi keadannya yg tidak dihiraukan oleh saudara sangat kasihan..ibarat juga seperti diabaikan..mungkin juga dia mempunyai anak, tapi tidak mendapat penjagaan yg sewajarnya..cik aika tak kenal dia, dan cik aika pun tak tahu kisah hidupnya..jadi tak moleklah cik aika membuat kesimpulan sendiri..



Cuma di sini, cik aika nak tekankan betapa pentingnya menyayangi dan membalas jasa ibu bapa..kasihlah mereka seperti mereka kasihkan kita..janganlah disebabkan sudah hidup senang, terus melupakan mereka yg telah banyak berkorban  untuk membesarkan kita..janganlah sesekali berfikir nak letakkan ibu bapa dekat rumah orang-orang tua..doakanlah kesihatan ibu bapa kita, dan dapat terus melakukan amal ibadat dgn baik..



Cik aika pernah rasa keadaan ibu yg sakit, dan kaki hampir dipotong..sedih sangat bila lihat ibu yg selama ni sihat & boleh berjalan tiba-tiba hanya terlantar dan bergerak menggunakan kerusi roda..kaki pula berbalut..mujur hanya jari saja dipotong..alhamdulillah, kini mak cik aika dah boleh berjalan walaupun senget-senget juga la..sekarang ni, membuatkan cik aika menghargai segala pengorbanan ibu bapa cik aika..tak dapat dibayangkan kalau hidup tanpa mereka..cik aika harap dapat membahagiakan mereka selepas ini..insya Allah..



Kesimpulannya..sayangilah ibu bapa kita..janganlah jadi anak yg derhaka seperti Si Tanggang..jangan pula lepas ibu bapa dah takde baru nak menyesal mintak ampun..masa tu dah tak guna lgi..



Semoga semuanya dapat menjadi anak yg soleh & solehah buat kedua ibu bapa..termasuk juga cik aika..Aminn




Monday, August 8, 2011

Memori 1

Tetiba cik aika teringat waktu kecik dulu..hehe tapi cik aika takde byk gambar..sume dh hilang, mungkin masa renovate rumah dulu..kemas2 barang, cari2 balik dah takde Y_Y taktau dah g mane huhu..kamera pun takde lagi waktu tu..harap ehsan member je la..sebelum ada digi cam, pakai kodak filem kan..cik aika bila time ada duit baru g kedai cuci..hikhik :) 


Nk tgk tak gambar kelas cik aika??  Tak ingat darjah berapa..Lama punyaaa..kat SK Sungai Ular..Ni pun ambik dari fb kwn sek rendah dulu..cari yg comot2 tu cik aika la tu hahaha :P




Cer cari yg mana cik aika..tp rasanya bole teka kot..dan KLU nye :: sy mmg bulat dari kecik lagi..!!! HEHEHE :) peace^^



:: pssstt gambo ter-over-excited plak..cik aika nak buat saiz large je tapi tak clear sgt..so ter-EXTRA LARGE la ye hihihi..harap kome yg tgk tak bersilau mata :))

Saturday, August 6, 2011

huihuihui..

Hehe..mlm ni cik aika takde idea r nak tulis tajuk..so ayat tu je kat kepala cik aika..belasah jela hahaha..cik aika mcm buang tebiat plak setiap hari update kan..harap tak bosan lah baca cik aika merapu kat sini..tapi kalo takde org baca pun, ada cik aika kesah?? hihi..


Dah masuk hari kelima kita berpuasa..hari ni cik aika berbuka 4 org..sape sorg lg erk?? tak lain tak bukan adik bongsu cik aika laa..nafis amir namanya..setiap hujung minggu dia balik..maklumla duduk sekangkang kera je..skrg dia study kat ILP Kepala Batas, kos teknologi telekomunikasi..jeles cik aika tau..tiap2 minggu bole balik..dah tu, dekat plak ngan rumah paksu cik aika kat Bertam..depan rumah je..cik aika ni haa dok jauh..huhuhu takpela sabo jelah ye..


Menu berbuka pun best sikit la sbb bertambah sorg..hihihi..adik cik aika yg beli..ade murtabak, popia basah, karipap sengkuang, pedal ayam sos percik dan air kedondong asam boi..pastu mak cik aika buat bihun singapore..keje cik aika kupas dan potong buah, buat air teh & hidangkan makanan je hahaha rajin kan cik aika ni :P


Hmm, itu saje la dari cik aika mlm ni..harap cik aika bole merapu lg di lain waktu..hehe..


Salam :)

Thursday, August 4, 2011

x sabar..grrrr

Cik aika tgh geram ni..bkn ape, kat luar rumah cik aika ni berdentum-dentum bunyi mercun..kalo stakat mercun pop2 tu bole tahan lg la kn..ni bapak sgala mercun pn bunyi..meriam buluh pn ade agaknye..kalo yg main tu dh sah2 la bkn bdk kecik..kn bagus kalo pegi terawih ke..dpt gak pahala..


Cik aika bkn la dengki sgt..lantak dorg la nk main sampai subuh pon..tp kalo dh ganggu ketenteraman awam, hati panas jgk la kn..yg melampaunye, ade yg main baling mercun dpn rumah cik aika plak tu..dlm byk2 tempat, rumah aku jgk ko nk pedajal..baru je hari kedua dh pung pang pung pang..dh tu, dgn budak2 kecik pun nk join same..sabo jelah..kang jadi ape2, korg tanggung sendiri ye..


Nasib la cik aika ni agak penyabar & berbudi bahasa orgnye lalalala..kalo tak, dh lama aku g sound hahaha..cik aika kalo stakat mercun bawang a.k.a pop2 tu berani la main..tak pon bunga api yg color2 tu..teman sepupu main, ambik kesempatan skali hahahaha :P


Btw, kawan2 buka ape arini?? mesti menu best2 kn..cik aika mkn kuih, koetiew goreng (cik aika yg buat tau hehe..) dan mi kuah jiran seblah rumah kasi..tp cik aika rasa je mi tu sbb cik aika tak suke sgt mi..kalo bln pose ni mmg tukar2 menu ngan jiran seblah..smlm mak cik aika wat bubur kanji kasi kat cik ros s..tu yg best tu..rezeki3x hehe..mcm biase la mmg takde nasi/lauk..air pun minum air suam je..sbbnye cik aika takleh minum teh..huhu


Ok la ye, utk hari ni cik aika nk ucapkan slmt menjalani ibadah puasa yg seterusnye kpd sesape yg baca catatan ni..semoga  kita dpt memperbanyakkan lg amalan pd bulan yg penuh barakah ini..Aminnn

Salam..

Tuesday, August 2, 2011

Ke-2 Ramadhan..


Diam tak diam dh masuk hari kedua umat Islam berpuasa..rasa mcm tak masuk lagi bln ramadhan hehe..Mulai hari ni sy nk bahasakan diri sy sbgai cik aika ok..maklumlah bln puasa..tutur kata pun kena jaga sikit lah kn..Hari ni kwn2 buke ape ye? Meh cik aika cecite skit ape menu bebuka cik aika hari ni & smlm :)

Hari Pertama ::
air kosong (ais), kuih (popia goreng, roti sosej, karipap, burger sambal) dan bihun sup..mak & ayah cik aika mkn pasembur..


Hari Kedua ::
air suam & soya jagung yeos, kuih (puteri ayu, popia goreng, burger sambal, kuih kasui, masalodeh..mak cik aika buat bihun goreng berkuah pedas..tp cik aika tak mkn pun sbb ntah tak rasa nk mkn plak..


Itu menu bebuka cik aika utk 2 hari ni..kwn2 camne plak? Menu cik aika simple je tp alhamdulillah kenyang..sumenye buat sendiri  bazar ramadhan yg buat hehe..kuih tunjuk2 je..stiap kuih tu beli seketul @ dua ketul je tau, bukan byk..mesti ckp kn awat la cik aika ni mls nk msk..sebenarnye bkn taknak msk tp sbb dlm rumah cik aika tinggal mak, ayah & cik aika jer..yg lain takde kat rumah..huhu mmg tak best..so, solutionnye beli kuih je tu pun tak habis tau..selera cik aika masa bln puasa tak besar sgt hehe..masak best-best pun kang takde sape nk mkn (-_-")


Bila bebuka kat rmh ni family cik aika jarang mkn nasik..waktu sahur je..kalo mkn nasik pun yg berperisa la mcm nasi tomato ke, nasi daging ke..tp tu pun jrg..sbb ape? emm sbb dari kecik diajar mcm tu kot..rasanya dari rmh tok lagi..kira turun-temurun la..tp masa puasa kat kolej cik aika bebuka dgn nasik la dh yg tu je yg mengenyangkan..hehe..sblm ni 3 taun puasa kat kolej, tahun ni full kat rmh..maybe lama la cik aika tak sentuh nasik..sbb sahur cik aika bangun minum air je..kat kolej pun mcm tu..kdg2 tak terbangun gak..oppss hehe..


Ok, stakat tu jelah cik aika nk mrapu hari ni..biase la cik aika ni bila menaip tak sedar diri..konon masa mula2 takde idea..bila dh start, nahh amek kaww!!..sume entri cik aika pjg berjela-jela kn hehe..tp cik aika suka..sbb tu cik aika suke-suki je membebel kat sini..hahaha


Jgn lupa niat puasa gak k..cik aika biasanya niat utk sbulan terus..tp stiap mlm cik aika niat mcm biase jgk..takot kes terlupa..maklum la sereberum otak cik aika ni bkn aktif sgt time cuti ni huahuaha..


:: Assalamualaikum dan Salam Ramadhan ::

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...