WELCOME TO MY BLOG

click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Friday, August 19, 2011

Tak semua org bernasib baik

Cik aika memang sedih bila tengok rancangan pasal rumah orang-orang tua kat tv..tambah pulak bila nak dekat raya ni..kadang-kadang menitis jugak air mata cik aika ni..cik aika terfikir, anak-anak yg tinggalkan mak ayah dorang kat rumah penjagaan ni tak ada hati perut ke? mana hilangnya perasaan sayang mereka dekat ibu bapa? selama ni, ibu bapa yg susah payah menjaga, membesar dan menyekolahkan anak-anak..tapi ni balasan mereka dekat kedua orang tua..


Cik aika teringat masa cik aika pergi melawat nenek saudara kat hospital sebelum puasa hari tu..toksu cik aika ditahan ward sebab penat & ada jangkitan kuman di paru-paru..depan katil toksu ada sorang makcik ni..asyik meracau2 je..suka panggil org naikkan katil dia & tolong urutkan badan dia..bila takde org hiraukan dia, dia marah-marah pulak..cik aika memang tak pergi la, bukan tak kesian..


Tapi dia suka sangat berleter tak henti-henti..dia mengeluh sebab takde sape datang jenguk dia..mungkin dia sedih, sebab ramai sedara yg datang jenguk toksu cik aika..bila dah tolong urutkan tangan dia, dia suruh plak urutkan kepala..kira macam mengada-ngada jugak la..lama-lama takde sape pun hiraukan dia..panggil nurse pun, dorang buat tak tahu je..dah malas nak layan kot..yg peliknya, bila nurse datang, dia tido je takde bunyi apa-apa..heran kan..



Tapi, bila cik aika tengok muka dia memang rasa kesian sangat..suami dia tak datang jenguk ke? mana sedara-sedara yg lain?? toksu bagitau sepatutnya dia dah boleh keluar wad tapi takde org nak datang ambik dia..mungkin takde org yg boleh jaga kot..memandangkan dia pun ada penyakit diabetes..kaki pun dah kena potong..lepas tu, ada lagi penyakit lain..



Mungkin jugak tak tahan dia dok bebel je setiap masa huhu..cik aika yg dok sekejap pun tak tahan, terus turun pergi ambik angin kat taman..toksu cakap dia memang tak leh nak tido asyik dengar makcik tu dok meracau..Dan, agak seram sikit la bila dia cakap "jangan la kacau aku, aku tengah sakit ni" Seolah-olah mcm ada "sesuatu" di depan dia..meremang gak bulu roma cik aika dengar..nasib baik toksu cik aika kena tahan 2 hari je..



Bila cik aika tengok pasal rumah orang tua-tua, terus cik aika teringat kat makcik ni..mungkin dia tidak diletakkan di rumah orang-orang tua tapi keadannya yg tidak dihiraukan oleh saudara sangat kasihan..ibarat juga seperti diabaikan..mungkin juga dia mempunyai anak, tapi tidak mendapat penjagaan yg sewajarnya..cik aika tak kenal dia, dan cik aika pun tak tahu kisah hidupnya..jadi tak moleklah cik aika membuat kesimpulan sendiri..



Cuma di sini, cik aika nak tekankan betapa pentingnya menyayangi dan membalas jasa ibu bapa..kasihlah mereka seperti mereka kasihkan kita..janganlah disebabkan sudah hidup senang, terus melupakan mereka yg telah banyak berkorban  untuk membesarkan kita..janganlah sesekali berfikir nak letakkan ibu bapa dekat rumah orang-orang tua..doakanlah kesihatan ibu bapa kita, dan dapat terus melakukan amal ibadat dgn baik..



Cik aika pernah rasa keadaan ibu yg sakit, dan kaki hampir dipotong..sedih sangat bila lihat ibu yg selama ni sihat & boleh berjalan tiba-tiba hanya terlantar dan bergerak menggunakan kerusi roda..kaki pula berbalut..mujur hanya jari saja dipotong..alhamdulillah, kini mak cik aika dah boleh berjalan walaupun senget-senget juga la..sekarang ni, membuatkan cik aika menghargai segala pengorbanan ibu bapa cik aika..tak dapat dibayangkan kalau hidup tanpa mereka..cik aika harap dapat membahagiakan mereka selepas ini..insya Allah..



Kesimpulannya..sayangilah ibu bapa kita..janganlah jadi anak yg derhaka seperti Si Tanggang..jangan pula lepas ibu bapa dah takde baru nak menyesal mintak ampun..masa tu dah tak guna lgi..



Semoga semuanya dapat menjadi anak yg soleh & solehah buat kedua ibu bapa..termasuk juga cik aika..Aminn




0 budak comel :):

Post a Comment

Terima Kasih kerana membaca coretan Cik Aika :)
Sila Datang Lagi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...