WELCOME TO MY BLOG

click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Tuesday, November 22, 2011

happy vs unhappy

Yuhuuuuu..cik aika kembali bersiaran :)

HAHA mcm poyo lak..biasale aku memang poyo skit :P

Kembali semula ke tajuk entri..hoho tetibe happy pastu unhappy plak kan..happy sebab Malaysia berjaya mengalahkan Garu Dada buat kesekian kalinya! Syabas buat pasukan Harimau Muda kita :)

Aku pun taknak lah berceloteh panjang pasal skuad bola sepak negara yg telah mengharumkan nama Malaysia..semua orang pun dah update pasal ni..cuma, tumpang berbangga :D

Kes unhappy plak, biase lah ape lagi kalo bukan pasal TESIS & ASGMENT!! hoooo sangat menyerabutkan fikiran aku yg memang dah sedia serabut ni..dah rasa malas nak sebut tapi kena sebut jugak..secara tak langsung dapat membuang ape yg terbuku kat dada ni..

Aku tak faham la pentadbiran kat fakulti aku ni..sekejap macam tu, sekejap macam ni..last2 macam lain plak..haru-biru betul..aku sampai sekarang tak faham!

Tolongla jangan buat kami, budak2 final year ni terseksa..tolongla buat keputusan yg adil & tak menyusahkan siapa2..ni tak, asyik berubah2 je keputusan..nak laksanakan sesuatu, tolongla rancang betul2..yg jadi mangsanya KAMI..kau ade??


Buat final year project tu takdela terlalu menghuru-harakan sangat tapi sikap orang atas yg kadang2 pentingkan diri sangat mengecewakan..tu tak termasuk lagi perangai lecturer yg terlebih rajin..yg kena buatnye KAMI..bagi plak keja last minit..sangat bahagia kan? macam kita ni takda subjek lain plak dok buat kerja dia ja..oh dems!


HAHA dah jadi sesi luahan perasaan lak..tapi memang pun banyak perasaan tak puas hati..tipu kalo budak final year tak rasa macam ni..


Ape2 pun, hadapi jelah walau macam mana pun..sebelum nak mencapai kejayaan, kena lah bersusah2 dulu.. ye tak? 


"HADAPILAH WALAUPUN PAHIT..KERANA DI PENGHUJUNGNYA NANTI HASILNYA PASTI SANGAT MANIS"



Monday, November 7, 2011

Catatan Aidiladha

6 Oktober 2011

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan utk menyambut lagi Aidiladha tahun ini..yg penting bersama keluarga tercinta :) Aidiladha ataupun sinonimnya Hari Raya Haji, walaupun tak semeriah Hari Raya Puasa namun manfaatnya masih sama iaitu merapatkan hubungan silaturrahim..

Seperti kebiasaan aku beraya di rumah dahulu..kemudian barulah berangkat ke kampung di Penang..mungkin di sini tidak semeriah sambutan di Pantai Timur namun tetap menjadi memori untuk disimpan dlm ingatan..

Pelbagai hidangan tersedia di atas meja, dari yg berlemak hinggalah kepada makanan yg lebih sihat hehe..antaranya ketupat, rendang ayam & daging, pulut kuning, kari ayam kampung, nasi beriani, ayam pedas madu, kek butter, apam polka dot, kerepek, dan akhir sekali buah-buahan sebagai pencuci mulut (jambu batu, nanas, epal, sengkuang, kedondong dan timun) disertakan dgn kuah rojak buatan nenek..tapi bukanlah semua menu ini aku makan ye..yg mampu masuk dlm tekak ni saje :)

Akibat kekenyangan yg melampau, selepas selesai solat Zohor aku tertidur hehehe hujan yg turun sangat mengasyikkan..usai terjaga jam sudah menunjukkan jam 4, kelihatan mereka sedang memotong daging lembu korban utk diagihkan kepada saudara terdekat..aku hanya mampu memandang hehe..

Malam pula, nenek saudara menjemput utk menikmati sate di rumahnya..Aku gagahkan jua utk pergi walaupun perut seperti sudah mahu meletup..Perutku agak manja sedikit, tak boleh sumbat makanan terlalu banyak dlm waktu yg sama walaupun nafsu makan masih ada,..jika tidak ia akan meragam..juga jangan terlalu pedas..Tangki perutku memang besar tapi sayangnya tak boleh isi penuh..sangat rugi kan hehehe :P 

Ok, setakat itu saja catatan aidiladha dariku..lets pictures speak more than words :)




 


 



 











Saturday, November 5, 2011

seronokkkk :)

SERONOK???
Ofkos la sebab skrg misssonnet18 berada di KULIM!! yeehaaa..
Biase la org da lame tak balik jakun skit..
aduiii kejam tak bile aku cakap tak nak balik UPM?? 
siyes kali ni mmg rasa taknak balik..nak duduk rumah lama2..nak putar balik cuti 4 bulan dulu..kah3 melampau!
sedih dah hilang sbb da menatap wajah mak ayah adik2 dan abg..lepas ni takleh nak ngade homesick lg..
tengah berangan nak buat tart telur ni tapi taktau la sempat ke tidak..sumenye bergantung kepada tahap kerajinan..tengoklah macam mana nanti..kalo jadi, bole bawak balik UPM..kalo jadilah ye..

Ape pun, sy dgn rendah hati ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA buat rakan-rakan & seluruh umat Islam di Malaysia..tak lupa juga kepada muslimin & muslimat yg sedang menunaikan haji di Makkah..semoga semuanya mendapat haji mabrur..Aminn..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...