WELCOME TO MY BLOG

click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Sunday, February 26, 2012

Ahad yg tak best!

Wah wah dah lama cik aika tak berentri. Maklumlah dah start kuliah. Nak kata sibuk tak la jugak sebab ada 2 subjek je semester ni, dah semester 8 la katekan huhu. Hanya subjek komunikasi dgn penulisan kreatif sebelum g praktikal kat sekolah. Kelas pack jugakla sebab nak habiskan 14 minggu menjadi 7 minggu. Tapi pack utk 2 hari jela hehehe. 


Hujung minggu ni Cik Aika tak pergi mana-mana pun. Cuma sabtu semalam pergi The Mines cari barang skit.
Nampaknya ptptn tak masok pun takde effect kat budak UPM sebab bas penuh sesak kot budak-budak outing. Esok cik aika & the geng plan nak pergi Jalan Tar. Bukanla banyak sangat duit tapi nak g tebus baucer buku RM200. Sambil-sambil tu shoping jugakla sikit2 barang nak g praktikal huhu.


Duit pun dah tinggal sikit buat bayar berukbend. Masa cuti lepas tak guna pun tapi kena la bayar jugak. Harap-harap cukupla sementara ptptn nak masuk ni. Sadis tau bile purse makin mengempis ni.  Nak mintak kat ayah tak sampai hati plak. Hmmmm.




Wednesday, February 15, 2012

Sabar jeeeeeee.


Tiba-tiba rasa nak tampar diri sendiri..!!
Takleh, nanti diri sendiri yg sakit.
Semalam tanpa sedar terpadam semua album gambar dari taun 2008.
Diulangi, SEMUA. Ye semua.
Tengahari tadi baru perasan..adehhh.


Harap-harap ade kawan yg ada copy gambar yg banyak-banyak tu.
Perhaps. Kalau tak banyak, sikit pun jadi la.
Sedih. Sebab kenangan.


Gambar family mungkin tak dapat la.
Hwaaa rasa nak nangis je. 
Lama tau simpan. Kalau sekerat dua je takpe. 
Ni nak masuk 4 tahun punya gambar.
Salahkan kecuaian diri sendiri cepat..huhuhu.



Monday, February 13, 2012

Bawal Hijab

Bagi peminat bawal, dah tak perlu runsing utk tampil bergaya. Tudung bawal sudah dimodenkan menjadi seperti shawl dan merupakan trend hijab terkini. Jadi tak perlu risau lagi kerana tudung bawal anda yg sudah lama tidak disentuh dan hanya menjadi hiasan dalam almari, kini boleh digayakan semula :)


Aku salah seorang yg masih gemar memakai tudung bawal.
dan aku sudah mencuba memakai bawal hijab bersama inner sejak tahun lepas,
 and i like it very much :)
Kalau nak try hijab mcm ni, pilihannya kena berani mencuba atau tak je..hehe
So sesiapa yg rasa nak kelainan dalam berhijab dan nak nampak ayu,
boleh lah mempelbagaikan gaya tudung bawal seperti tutorial di bawah.


Bawal Style inspired by Dian Pelangi




Hijab Tutorial #4 : Bawal Hijab Style#1



Hijab Tutorial #5 : Bawal Hijab Style#2




simple hijab wrap V (tudung bawal)



Hijab Tutorial #1 by Saiee



Tutorial lain banyak lagi boleh dilihat dlm youtube. 
Boleh jadikannya sebagai idea dlm pemakaian tudung.



Tak dinafikan memang pemakaian tudung bawal ni agak complicated nak bagi kemas. Kadang-kadang tension jugak kan. Tapi untuk yg ingin tampil berbeza setiap hari lain dari yg lain, dan yg suka bergaya walaupun hanya dgn tudung bawal, 
Selamat Mencuba :)

Petang Yang Damai

Sekarang ni setiap petang je hujan kat Kulim ni. Tapi best jugak. Takdela panas mcm selalu. Sambil menikmati hujan, best kan layan anak tekak hehehe..

Keledek Goreng

Cendawan Goreng

Menikmati keledek dan cendawan goreng time sejuk-sejuk memang best. Ditambah dgn minuman coklat  panas. Sambil layan tv, pehhhh memang mendamaikan hehehe. Keledek tu aku potong memanjang sama mcm yg selalu beli kat Seri Serdang kecik tu..cendawan plak jenis cendawan tiram. 3 paket habis dlm sekelip mata hihi.


Adunan tepung utk menggoreng pon sonang aje. Biasa le aku ni nak yg mudah-mudah je. Mak aku yg ajar cara buat ni.

- Tepung gandum
- Marjerin (aku guna jenama Planta. Butter pon bole)
- Garam
- Air

Dah sejuk pon masih rangup. 
Cepat & sedap dimakan. Tambah-tambah sewaktu lapar. Memang cepat je licin haha.

Saturday, February 11, 2012

-Pendam-

Aku yang mengejar bayang cinta
Kian terbiar
Terpendam kata
Tak terungkap selamanya

Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta

Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati

Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati

Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta

Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati

Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati
Aku yang mengejar bayang cinta

Friday, February 3, 2012

Lawak Gelabah

Assalamualaikum :)

Ketemu lagi kita ya..hmm tadi kebetulan baca dekat satu website tentang perangai seekor monyet tiba-tiba teringat kenangan masa pergi bercuti kat Langkawi taun lepas..nak kata pahit tu ye jugak tapi lebih kepada lawak - kena kejar dgn monyet liar HAHA sabo jelah..


Imbas kembali..

Waktu tu di Pulau Singa..dah nama pulau tentula ada laut kan..



 



Ni sebelum kena kejar hihi..tu la syok sangat berposing kan..Masa datang ni kebetulan bawak bekal makanan..Lapar, terus makan kat situ..Tak perasan plak ada amaran,
-Dinasihatkan tidak membawa apa-apa jenis plastik-
Rupanya, plastik akan tarik perhatian monyet-monyet utk datang ke arah kita..
Dia kan tengah lapar..huhu
Nasib lepas makan baru monyet tu datang serbu..biskut Lexus pun dia kebas tau..
ganas tol dia selongkar..memang banyaklah umat monyet yg datang..
Ape lagi, kitorang pun cabutlah..Memang ramai yg kena kacau dgn monyet tu..
 

Yang ni kelakar hehehe..
Kebetulan waktu tu aku tengah pegang beg plastik dgn botol air oren..bukan makanan pun, ada isi pakaian basah je..Tak dijangka ada sekor anak monyet tu berkenan sangat dgn plastik yg aku pegang..
Dia memang terus terpa ke arah aku..Aku pun lari laaa..haha..Tapi laju gak dia kejar..
Aku pun tanpa pikir panjang melibas plastik tu laju-laju..Dia buat tak heran..
Rupanya dia lebih berkenan dekat air oren! 
Kahkahkah..


Aku sepantas kilat terus baling botol air oren tu jauh-jauh..
Dia pun patah balik utk dapatkan botol air..
Rakus kot dia tokak sampai berlubang botol tu huhu..
Kalaulah dia serang aku tadi, mau arwah jugak den..
Itu baru anak, belum mak bapaknye..
Apa lagi, aku terus angkat kaki lari ke arah jambatan..mau tak gelabah aku hahaha..
Mat Arab kat sebelah aku yg panik terlebih tau..ingatkan nak tolong ke hape..tengok aje -_-"


Kat atas tu la pulau tempat kejadian..jambatan panjang tu la tempat aku menyelamatkan diri..
Bila diingat balik, memang geli hati..dlm ramai-ramai org kenapa aku?? 
Kalau masok Olimpik ni ada can utk menang kot kihkih..tak cukup tanah aku lari..
Bukan senang tau aku nak lari laju-laju haha..
Dada sakit je sebab terkejut..lain kali kalo pergi kawasan pantai janganla bawak plastik makanan.
Sanggup lagi aku berlapar huhuhu..


Tapi tu semua adalah kenangan..
Kalau tak kena, tak ade la rasa pengalaman kena kejar dgn monyet kan..hihi :)




Thursday, February 2, 2012

Aku dah GILA!

Salam..

Kihkih jangan terkejut ye baca tajuk di atas..saje je propa..tapi sebenarnya memang hampir gila pon..tapi bukan gila akal ok..cuma gila kat JYJ, grup dari Korea ni..lagu dia pun best..penyakit gila aku ni datang sejak aku menghabiskan masa dgn citer Sungkyunkwan Scandal..hihi..mungkin org lain dah lama gila pasal ni tapi aku tertinggal bas skit la..apapun belum terlambat lagi aku nak minat gila pasal depa ni kan..mcm biasa, tersuka depa ni sebab kacak dan comel..tipu sangat kalo minat artis Korea bukan sebab rupa huahauhua..


Dan sebenarnya, aku minat salah sorang ahli je iaitu tak lain tak bukan......
Mickey Yoochun!!

         














  


Gigih tau aku google biodata dia..wakaka :p
Sebelum ni pernah tengok dia tapi tak minat plak..
Aku start jatuh cinta hati sejak tengok SKK Scandal lah..
Jalan cerita dia memang sangat2 best..watak semua aku suka!


   

  

Found You - JYJ


Citer ni paling best bagi aku..memang terbaekkkk lahh!
Lepasni nak tengok Miss Ripley plak..hehe ada Yoochun jugak :)
Apapun kena habiskan Flower Boy Ramyun Shop dulu..pun best jugak hehehe..
Kalo hantu korea tu memang tak dapat nak cakap apa lah kan.
Tapi cik nisa dah goda dgn Bad Guy plak..mana satu nak tengok ni?? hahaha..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...