WELCOME TO MY BLOG

click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Sunday, May 27, 2012

Sebulan :)

Assalamualaikum wbt. 

Cik aika bersua kembali. Memandangkan sekarang merupakan cuti sekolah maka dapatlah cik aika mencoretkan sesuatu di sini :)

Memang tak dapat cik aika sembunyikan perasaan gembira pabila tibanya cuti sekolah yg sudah ditunggu-tunggu sejak hari pertama praktikum hehehehe. 

Beberapa peristiwa tak kiralah manis atau pahit nak cik aika ceritakan selama sebulan cik aika berkhidmat di SMK Pernu. Antaranya :

Pergerakan Puteri Islam.
Cik aika memantau kawad murid - memang mencabar disebabkan budak-budaknya tak dengar cakap. dah le semuanya tak reti langsung berkawad. bila berkawad di tengah panas mereka pun bising tapi masih boleh dikawal. nasib baiklah semua perempuan. kalau lelaki memang cik aika cabut balik hahaha. cik aika minta murid tingkatan 2 yg mempunyai pengalaman berkawad KRS utk membantu. malangnya murid-murid "kesayangan" tak hormat pada sifunya. mereka hanya dengar bila cik aika bersuara. cik aika terpaksa memberi arahan berulang kali dan sentiasa memantau barulah mereka membuat aktiviti kawad. tengah2 berkawad pun boleh bergaduh. oh anak muridku -_-"


Persatuan Bahasa Melayu.
Semua guru Bahasa Melayu secara automatiknya diserapkan dlm persatuan ini. Aktiviti pada hari tersebut berkisar tentang penciptaan puisi dan cerpen secara bebas tak kiralah pantun, sajak, syair dan sebagainya. macam-macam jenis puisi yg cik aika lihat murid hasilkan. banyak yg mencuit hati. cik aika juga membimbing mereka mencipta pantun dan sajak. Masih terdapat murid yg membuat kesalahan dlm mencipta pantun. tapi tak apa lah kerana aktiviti ini merupakan suatu proses pembelajaran asalkan mereka mahu mencuba dan tak takut berbuat salah. ada juga yg membuatkan hati cik aika terasa digigit-gigit tapi akhirnya cik aika hanya mampu ketawa memikirkan gelagat si budak nakal (menyalin semula petikan prosa tradisional Hikayat Inderapura! patutlah kusyuk saja cik aika lihat dia menulis cerpen. ketika itu terdetik kagum di hati melihat dia meyusun bait-bait kata. rupanya-rupanya hanya utk "menganjing" saja)..alahaii si budak nakal. 


Rumah Sukan.
Kuning kemudian biru - fleksibel hihi. disebabkan kekurangan guru, cik aika berkhidmat di mana saja tempat yg diperlukan. pada minggu pertama, bertugas di rumah kuning (Mat Kilau). kemudian minggu seterusnya di rumah biru (Bahaman). takpa lah sama saja di mana pun kan. kerenah murid-murid memang adakalanya mencabar kesabaran jiwa. rasa nak penampo pun ada haha. tapi itulah tugas sebagai guru utk mengawal mereka. ketika mengendalikan murid ketika acara sukan, cik aika belajar utk menjadi seorang yg penyabar. tapi termarah jugak la hehe. mereka ni tak boleh dibagi muka sikit nanti menjadi-jadi perangainya. nasib baik la baru cikgu praktikal, kalo tidak siapla korang hahaha.


Hari Guru.
cik aika dan pasangan serta rakan-rakan guru interim berkolobrasi membuat persembahan pada Hari Guru iaitu menyanyi :)) tapi cik aika hanya menjadi back up singer haha. nyanyi jugakla tapi bukan vokalis lah. suara tak berapa nak lemak manis. lemau je :D walaupun mcm hampeh je disebabkan tiada masa utk buat latihan tapi nasib baik ok je la. dan nasib baik gak tak kena boooo dgn murid..hehe. pejam mata jelah tengok cikgu cikgi ni menyanyi. lepas je majlis sambutan, ada acara makan-makan. macam-macam juadah dah mcm open house plak. tapi yg paling best ada kek secret recipe. memang terbaekkkk..hihi. kemudian ada acara makan-makan lagi. aduiii memang kembung perut la hari tu. lunch di Restoren Bariani Power di Tesco tepi Melaka Sentral. rezeki cik aika dan aini dapat makan free tak perlu bayar apa-apa. TQ SMK Pernu :) Ada acara cabutan bertuah tapi mcm biasa cik aika tak pernah bertuah pun hihi. memang sodap lahh, cik aika pilih nasi beriani daging kambing. lepas daripada tu ronda-ronda Tesco jap beli buah tangan utk menziarah kak hajar yg baru lepas eksiden di Mahkota Medical Centre. kemudian balik tumpang cikgu syafiq & cikgu yazid (guru interim) hehe.


Ujian Tara
cik aika bertugas sebagai pengurus rumah biru, Bahaman :) tapi awal-awal pagi ikot kak linda & kak zura g beli air. tugasnyeee apa lagi buat air la kan. buat utk keempat-empat rumah sukan. dapat sorang sebiji burger. lepas dari tugas buat air terus ke padang utk memantau budak-budak biru utk acara lari 100m & 400m, lontar peluru dan lompat jauh. macam-macam taktik budak-budak ni bagi nak bagi lepas. tapi kesiannn, tak berjaya hihi. ada pulak tengah2 berlari bole gaduh pukul-pukul kepala. cikgu-cikgu lain gelak je tengok. dah tak kuasa nak marah. cik aika pun gelak-gelak jugak la tengok gelagat depa. memang geli hati pun haha.


Acara Potluck
Ahaa ini pun majlis makan-makan. mcm mana la tak makin bulat kan. macam-macam adaaaa. sampai tak larat nak bangun g kelas. nasib baik minggu exam. kalo tidak memang tak larat nak mengajar haha. cikgu cikgi kat sini memang sempoi je. makan-makan sekali dgn pengetua. mmg tak ada gap sangat lah. kebetulan hari tu jatuh pada 1 Rejab jadi ramai yg berpuasa. tapi tak menjadi masalah sebab depa bungkus bawak balik . potluck ni juga sempena majlis perpisahan utk guru-guru interim yg dah dapat tempat posting. 2 org di Melaka, 3 orang di Sarawak dan sorang di Sabah. baru je cik aika rapat dgn dorang, dah kena pindah da. tapi takpe sebab dah ada 4 org cikgu baru yg dah masuk SMK Pernu. dah jadi geng pun hihi. sorang dari Melaka dan 3 orang dari Kelantan. sorang guru interim masih kekal sebagai Kaunselor :)


Cuti sekolah.
Hahaha yg ni tak payah cerita la kot.


Setakat ni dahulu catatan diari cik aika sepanjang sebulan praktikum. kalau rajin lepas ni cik aika akan update lagi ok. (beberapa bulan kemudian............hehehe)


Salam rindu daripada cik aika :)) 

2 comments:

  1. Cikgu Shafiq n Cikgu Yazid... Ehem2... Ada harapan sorang kebas sorang ni.. Sp milik Cikgu Aika n sapa pula milik Cikgu Aini? Hahaha :P

    ReplyDelete
  2. hahaha cikgu shafiq dah berpunya..tinggal cikgu yazid aini punya kot hahaha. dua2 depa dah berangkat p sarawak :)

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana membaca coretan Cik Aika :)
Sila Datang Lagi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...