WELCOME TO MY BLOG

click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Monday, January 14, 2013

"Prisoner Break" yg tak menjadi..


Assalamualaikum wbt.


Sekarang tengah isu hot tentang orang kena tahan (OKT) yg meloloskan diri di Butterworth, Pulau Pinang kan. Mereka memukul dan merampas van polis. Mereka dieskot dari Penjara Pulau Pinang, dibawa ke Mahkamah Seksyen utk sebutan kes jenayah. Jumlah tahanan seramai 9 orang (dua tidak melarikan diri, dua sudah ditembak bunuh, seorang menyerah diri disebabkan lapar, sorang menyerah diri di pasar, sorang ditahan di cyber cafe dan dua lagi masih belum diberkas ketika ini). Itulah dah ada penyakit (masuk penjara), cari pulak penyakit lain, p lari plak. Tak ka padan muka kena cari sampai lubang cacing. Tak pasal-pasal hukuman jadi double plak. Polis dari Bukit Aman pun mai berkampung kat sini. Confirm masuk balik nanti kena lenjan sampai lembik! huhuhu.



Aku saja tulis pasal ni sebab kejadian ni berlaku tidak jauh dari kampung aku sebenarnya hehe. Di mana mereka bersembunyi di kawasan Tasek Gelugor. Van polis yg mereka tinggalkan pun dekat dgn rumah mak sedara aku berhampiran Kampung Padang Chempedak. Tapi aku yg tinggal kat Kulim ni tak ada la risau sangat tapi mana la tau kan kot2 mereka terlepas ke sini. Bukan jauh sangat pun. Cuma tertarik utk mengikuti kes ni sebab berlaku di kawasan yg aku kenal sangat. Lagi pula antara tahanan tu ayah aku kenal sebab dari kampungnya di Pokok Tampang. Salah sorang yg ditembak bunuh pula bekas murid di SMK Penanti tempat mak saudara aku mengajar. Tapi dia tak kenal pun hehe. Kawasan hot sekarang ni tentulah Penanti, Kubang Semang, Permatang Pauh, Permatang Pasir, Tasek Gelugor, Ara Kuda dll. Dah kawasan depa jugak memang bole menyorok la. 



Bila tengok berita dan baca pasal kes ni kadang-kadang terkesian pulak. Bukan apa, teringat keluarga depa-depa ni. Macam mana keluarga depa menghadapinya kan. Mestila ada anak bini, mak ayah semua. Lagi bertambah kesian ada yg lembik sebab tak makan dan sampai sanggup minum air longkang. Akhirnya terpaksa menyerah diri jugak. Macam mak aku cakap la, tak kemana pun depa ni sebab lapar. Tapi kesian macam tu je la sebab depa ni penjenayah kot!!



Ada baca satu blog, salah sorang yg menyerah diri tu menceritakan sebenarnya depa dah 6 bulan rancang benda ni. ENAM bulan beb bukan 6 hari. Fuuuhh memang nekad betol depa nak lari. Kononnya nak lari sampai ke Siam la. Sempat lagi balik rumah ambil pistol. Penjenayah tegar la katakan. Geng Mafia plak tu. Last-last kena tembak. Kuasa Tuhan tetap tak boleh lawan. 



Ada juga yg bercerita, depa ni merompak tapi hasil tu diderma ke rumah anak-anak yatim. Ala-ala Robin Hood la kononnya tapi versi Penang! Entah betul ke tidak wallahualam. Tapi niat tetap tidak boleh menghalalkan cara. Tetap berdosa sebab mengambil hak orang lain secara kekerasan. Tapi macam tak je sebab antara kes depa ni menyamun, merompak, membunuh dan mendatangkan kecederaan. Takkan la baik hati sangat nak bagi hasil rompakan depa kan (ni cuma pendapat aku je la hehe). Tambahan plak ayah aku cakap OKT yg dia kenal tu dari kecik lagi suka mencuri. Nak buat macam mana, itu jalan yg dia pilih kan.



Polis yg terlibat mungkin akan dikenakan hukuman disebabkan kecuaian. Kesian juga kat polis tu. Dah la kena pukul, hukuman pun kena jugak. Kes ini perlu dijadikan pengajaran utk semua tak kiralah pihak berkuasa atau masyarakat sekeliling. Mungkin Tuhan ingin mengejutkan mereka-mereka yg lalai termasuk kita sendiri. Kalau tak terjadi benda ni kita masih berada dlm keadaan yg "selesa" lagi. Disebabkan kes ini juga pihak-pihak terbabit akan lebih berhati-hati tentang keselamatan dan tidak mengambil ringan tentang perkara yg perlu diambil berat. Bagi masyarakat pula, tentulah keselamatan diri dan kediaman dijaga takut-takut perkara buruk boleh terjadi. Penjahat dah makin ramai sekarang ni. Entah-entah orang yg dekat dgn kita pun boleh jadi penjenayah. Dan aku percaya, ada hikmahnya walaupun pahit utk ditelan oleh mereka yg menghadapinya. Wallahualam.

2 comments:

  1. Menarik gk kisah di sebalik 9 orang tahanan ni. Mcm2 jd kat diorang =D Lps ni pihak polis kna lbih b'jaga2lah kan :)

    ReplyDelete
  2. tu la macam2 jadi kat dorang tp sendiri yg pilih kan huhu. ko pun ikot eh kes ni hehe

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana membaca coretan Cik Aika :)
Sila Datang Lagi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...