WELCOME TO MY BLOG

click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Monday, January 30, 2012

Tak dpt tidoooo @_@




Huarghhhh ngantok tapi mata tak nak pejam..kejap tadi baru lepas tengok AJL26..memang tepat jangkaanku :) sebenarnya tajuk entry takda kena-mengena pon dgn apa yg aku nak taip jap lagi hehehe..


Mukadimahnya, cuti semester ni banyak buat aku terfikir..bukan pasal pelajaran ok! Dalam kata yg lain fikir dan risau! tentang praktikalku nanti..aku akan berkhidmat selama hampir 3 bulan atau lebih di SMK Sri Mahkota, Umbai, Merlimau Melaka. 


Apa yg aku risaukan adalah...........
Adakah aku mampu menjadi guru BM yg terbaik buat anak-anak muridku nanti?
Cukupkah ilmu yg aku ada selama aku menuntut di UPM?
Perkara demi perkara muncul dlm fikiran..
Sejujurnya..
Aku punyai perasaan takut..risau..dan mungkin juga belum bersedia..


Menjadi guru ialah cita-cita & impian aku dari kecil..
Dulu masa sekolah rendah, ditanya guru..
aku tak fikir panjang, terus beritahu nak jadi seorang guru..
Cita-cita tu tak berubah sampai lah sekarang..
Mungkin faktor keluarga jugak kot..
hampir semua mak saudaraku, guru..
kecuali mak aku lah, suri rumah..


Minat? Yuppp!
Masa sekolah menengah dulu, aku selalu tolong mak saudaraku yg paling rapat, 
seorang guru BM & Sejarah periksa buku jawapan murid..
Aku pernah tolong periksa skrip jawapan SPM Bahasa Melayu..
Seronok kot hahaha..
Kadang-kadang aku tolong taip nota Sejarah..bukan free, ada upah hehehe..
dan selalu gak aku taip senarai nama murid..
 Bukan kena paksa, tapi aku sendiri yg rela :D
Selain tu, aku pernah tolong mak saudaraku buat teks pidato lepas tu bacakan teks dgn nadanya sekali..
Mungkin dari situ jugak, minat aku bercambah nak jadi cikgu..


Ada satu lagi yg aku tak dapat lupa..
kat sekolah, aku paling suka dan hormat guru BM tingkatan 4 & 5 aku..
dia jugak bekas pelajar PBMP, kos yg aku sedang ambik sekarang kat UPM..
Mengenali sikap & pendekatannya buat aku kagum..
Dia tak garang jauh sekali kuat membebel..
tapi banyak ilmu yg dia sampaikan..


Ada suatu hari, dia puji aku kat kelas abang aku..sebelah-sebelah je..
Dia pon guru BM abang aku..
Kembang-kempis aku dengar..hahahaha
kata-kata tu aku masih ingat sampai sekarang..
tak disangka aku akan ikut jejaknya..
taun lepas, baru jumpa dekat FB..
dia siap mintak aku posting kat sekolah dia sekarang..
tapi tak dapat den nak nolong..hehehehe


Seriously, aku memang rasa nervous sekarang ni..
memikirkan tentang praktikal..!! huhu
Semoga Allah SWT memberiku kekuatan utk tempuh semua ini..
Ya Rabb, kepadamu saja aku memohon,
Mudahkanlah perjalananku dan rakan-rakanku nanti..Amin~



1 comment:

  1. sama la dengan aku, huhu :(
    dah x tenang selagi tak habis kan?

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana membaca coretan Cik Aika :)
Sila Datang Lagi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...