WELCOME TO MY BLOG

click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Wednesday, March 27, 2013

Interim!

Assalamualaikum wbt.


Dah lama tak merapu meraban kat sini. Maklum la sibuk sikit sekarang ni (sibuk la sangat) hehe. Tambah plak tak ada internet connection. Jadi sunyi sepi la.


Ok berbalik kepada interim. Ramai yg masih keliru apa itu interim. Istilahnya juga masih asing dalam kalangan guru sendiri memandangkan jawatan ini baru diwujudkan pada tahun 2012. Bagi yg tak tahu meh nak ceciter sikit hehehe.


Guru Interim atau "guru sangkut" atau "guru sandaran terlatih" ialah :


~ Guru yang dilantik oleh Jabatan Pelajaran Negeri bagi mengisi kekosongan sementara di sekolah-sekolah KPM namun penempatan ini tidak bersifat kekal. KPM berhak menyusun semula penempatan bagi mengisi kekosongan di sekolah-sekolah yang lebih kritikal. 


~ Seseorang yg diambil bertugas sebagai guru di bawah KPM bagi mengisi kekosongan hakiki tetapi belum dilantik sebagai Pegawai Pendidikan Siswazah (PPS) oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP).


atau kata lainnya sebagai "prapenempatan (posting)"

Interim melibatkan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) IPTA dan graduan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) IPG.


Ok itulah interim. dan tuan blog ini juga sedang menjadi guru interim kala ini hehe. 
Pada tahun 2012, penempatan guru interim ini hanya di negeri asal tetapi bermula tahun 2013 ia dilakukan secara berserakan mengikut kekosongan jawatan di seluruh negara. Walau bagaimanapun ada juga yg mendapat penempatan di negeri sendiri. 


Di mana penempatan cik aika??  
Entah bagaimana aku telah terpilih utk menjalani interim di Banting, Selangor. Sedangkan hampir semua rakanku yg berasal dari utara tanah air ditempatkan di Kedah & Pulau Pinang. Agak sedih jugak la pada mulanya hihi tapi aku sentiasa sematkan dlm hati, ada hikmah yg menanti :)


Nak tahu sekolah mana cik aika berkhidmat sekarang?
Jeng..jeng..jeng..






SEKOLAH MENENGAH SAINS BANTING ^_^

Jalan Sultan Suleiman Shah, Jugra,
42700 Banting,
Selangor Darul Ehsan.


Sekolah ini baru beroperasi pada tahun 2011. Mungkin aku sudah ditakdirkan utk berkhidmat di sekolah baharu. Sekolah aku berpraktikal dahulu juga merupakan sekolah baharu. Secara kebetulan pula, kedua-dua sekolah baru ini diterajui oleh Pengetua lelaki. Dan sewaktu aku bergelar guru ganti, Guru Besarnya juga lelaki. Persamaan lain, ketiga-tiganya seorang yg baik. Setakat ini aku belum pernah merasai bekerja di bawah bos wanita hehe. 


Walau bagaimanapun, interim ini bukanlah bermakna penempatan kekalku. Siapa tahu mungkin aku akan berkhidmat di sekolah lain pula selepas ini. Hanya Allah saja yg tahu :) 


Namun disebabkan namaku sudah tersenarai di Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh/Sekolah Kecemerlangan jadi kemungkinan posting-ku juga di SBP (perkara yg paling aku nak elak) namun sudah tersurat rezekiku di sini. Status posting pula masih belum diputuskan. Aku akan berinterim di sini sehinggalah tarikh posting diumumkan kelak yang dijangka pada bulan Mei 2013.


Jika aku ditakdirkan terus berkhidmat di SMS Banting atau nama glamornya BASIS, aku tetap menerima dgn hati yg terbuka. Tambahan pula, aku sudah mula jatuh sayang dgn adik-adik BASIS (tak nak mengaku tua haha). 

Sesungguhnya, segala aturan daripada Allah SWT adalah sebaik-baik percaturan.

Tuesday, February 12, 2013

makcek!

Assalamualaikum wbt. 




Baby Aisy Zayyad dah keluar melihat dunia :)
dan cik aika jadi makcek la hukhuk tua dah den. 

Monday, January 28, 2013

Memang Ajaib!

Assalamualaikum :)


Benda yg aku tunggu-tunggu dah sampai iaitu PEMANGGANG AJAIB! hehe. dah order lama dah dari maksu tapi ni baru stock ada. aku beli dgn harga RM115 kalau harga di pasaran mungkin lebih sikit la. 
(gambar ince google)

salah satu sebab aku beli ni sebab terpengaruh dgn iklan jugak la hehe ada kan tunjuk dekat tv1 dulu. tapi sebab yg utamanya, memang memudahkan utk kita memasak. sangat cepat dan menjimatkan masa. antara yg boleh kita buat seperti ikan bakar, ayam bakar dan semua jenis makanan yg nak dibakar lah hehe. kek, pizza, kuih bingka (org utara panggil "bengkang"),  apam balik dan banyak lagi lah. google je mesti ada banyak resepi. sebab tu dipanggil ajaib kot. lagipun guna atas dapur biasa je. yg tak rajin mcm aku pun automatik bole jadi rajin memasak hehe. juga sesuai utk dihadiahkan utk org tersayang seperti mak kita :)

(dalamnya mcm ni. pun dari ince google)

Yg bestnya jugak kuali ni tak melekat (mcm pan yg lain juga) dan tak perlu nak buka tutup utk kalihkan ikan atau ayam. just terbalikkan kuali ni. mudah kan. kalau sayang tak nak pan ni terbakar kedua-dua belah atas dan bawah gunalah senduk (mcm mak saudara aku tu hehe) tapi senduk jenis plastik atau kayu je ok. nanti rosak la pan ni kalo guna yg besi.


Aku baru try bakar daging burger dengan sosej je. memang cepat dan mudah. Yg penting tak perlukan minyak. sihat la sikit kan. nanti nak try resepi lain. dengarnya bakar kek coklat pun sekejap je dlm ni. lebih kurang dlm 15-20 minit. ni yg aku suka ni hehe. 


Pemanggang ajaib ni kiranya hadiah advance utk mak aku la. dlm masa yg sama aku dan adik pun boleh guna. 2 in 1. bijak tak aku haha. lagi satu hadiah buku resepi ni.



Dalam ni mudah je resepinya (aku ni nak yg mudah-mudah je hehe). dah banyak cuba resepi dalam ni dan confirm menjadi. maklum la sekarang jadi suri rumah tak bertangga sementara tunggu posting. buku ni memang sesuai utk wanita yg kurang pandai memasak macam aku haha. buku ni pun terhangat di pasaran tau. dulu cari kat KL dah habis. ni pun ulang cetak dah ke berapa kali dah. adik aku yg tolong belikan. dia yg semangat memasak guna resepi dalam ni. siapa yg berazam nak belajar memasak bolehlah dapatkan buku resepi ni yg berharga RM39.90 di kedai-kedai buku berhampiran. 



Baiklah setakat ini sahaja segmen iklan tidak berbayar dariku hehe. Jumpa di lain segmen :P



Monday, January 21, 2013

Leisure Time

Assalamualaikum (jawab dalam hati pun takpa :)

Disebabkan kebosanan, aku nak merepek kat sini lah. Tapi tak ada benda pun nak cerita sebenarnya hehe. 

2 hari lepas ayah ajak keluar makan. Tak jauh pun area Kulim jugak. Restoren apa ntah nama dia (tak ambik tau pun haha). Keluar rumah pun dah lewat, around 10 pm sebab tunggu bangpit balik kerja. Maklum la orang kerja sendiri. 

Ni namanya lai chi kang hehe semua tau la kan. i punya. tapi kurang umpp la sebab bahannya tak banyak.

  
my sis, mira and mak. depa memang sama taste. order makanan pun sama.


my second bro, syafiq and my younger bro, nafis amir. aku dan dia ibarat anjing dgn kucing. musuh dalam selimut haha tapi lepas gaduh baik balik tak sampai 10 minit. bab cari pasal dan mengutuk aku memang pro.


Bihun Hailam ordered by my sis and mak.

jahat ni minum lai chi kang aku tanpa kebenaran. air dia epal asamboi mungkin tak sedap. nasib la tak pandai order kahkah

persamaan :: order makanan yg sama, nasi goreng cendawan seafood (menu taknak kalah hehe) dan kedua-duanya kebulur huhu

ayah yg obses sangat dgn bihun huhu dalam banyak2 menu bihun jugak yg diorder. 


Balik dari makan terus pergi Tesco Kulim. Depan restoren je pun haha. Skrg Tesco kan tutup pukul 1 pagi so cuci mata jap kat sana. tertengok jugak barang-barang baby yg kiut miut oppss hehe.


sebenarnya nak cari hadiah. so the end, beli set mainan and stationery ni utk birthday girl.
keesokannya pergi Putra Bertam celebrate birthday my cousin ni. 

"Hai nama saya Aqila Alisya. Alisya kecik lagi baru 3 tahun"
dah 4 tahun la lisya haha. budak banyak akai ni suka mekap sebab tu belikan set mainan mekap. lipstik dan blusher tu aku yg pakaikan hihi. Tak tahan siap puji diri sendiri lagi, "Cantiknya Alisya.. nak pakai gencu merah2" :)

 Ini budak tarak gigi hihi. masa ni nak suruh bangchik tiup mata dia masuk habut katernyerr..

Di bawah ni sesi tayang baju, isk isk.

nafis amir a.k.a bangchik

syafi sulaiman

aqil hussaini a.k.a bangah
  
 gambar atas ni takyah explain sapa la kan hikhik

alkisahnya topeng ni dia dah bagi putus talinya. gigih p sambungkan balik sebab awal-awal dah cakap tak bagi yg lain dah kalo putus. 

my sis dgn all time favourite-nya, laksa. 

Kek ado tapi tak tangkap gambo la pulak. ramai orang sangat malas nak p bersesak. sempat makan sekeping kek je sobsob.

Itu sajalah entri utk hari ini hehe. Entri akan terbit bila mana kebosanan yg melampau dan ada cerita ceriti lah. Bertemu di lain masa :)


Wassalam.


Monday, January 14, 2013

"Prisoner Break" yg tak menjadi..


Assalamualaikum wbt.


Sekarang tengah isu hot tentang orang kena tahan (OKT) yg meloloskan diri di Butterworth, Pulau Pinang kan. Mereka memukul dan merampas van polis. Mereka dieskot dari Penjara Pulau Pinang, dibawa ke Mahkamah Seksyen utk sebutan kes jenayah. Jumlah tahanan seramai 9 orang (dua tidak melarikan diri, dua sudah ditembak bunuh, seorang menyerah diri disebabkan lapar, sorang menyerah diri di pasar, sorang ditahan di cyber cafe dan dua lagi masih belum diberkas ketika ini). Itulah dah ada penyakit (masuk penjara), cari pulak penyakit lain, p lari plak. Tak ka padan muka kena cari sampai lubang cacing. Tak pasal-pasal hukuman jadi double plak. Polis dari Bukit Aman pun mai berkampung kat sini. Confirm masuk balik nanti kena lenjan sampai lembik! huhuhu.



Aku saja tulis pasal ni sebab kejadian ni berlaku tidak jauh dari kampung aku sebenarnya hehe. Di mana mereka bersembunyi di kawasan Tasek Gelugor. Van polis yg mereka tinggalkan pun dekat dgn rumah mak sedara aku berhampiran Kampung Padang Chempedak. Tapi aku yg tinggal kat Kulim ni tak ada la risau sangat tapi mana la tau kan kot2 mereka terlepas ke sini. Bukan jauh sangat pun. Cuma tertarik utk mengikuti kes ni sebab berlaku di kawasan yg aku kenal sangat. Lagi pula antara tahanan tu ayah aku kenal sebab dari kampungnya di Pokok Tampang. Salah sorang yg ditembak bunuh pula bekas murid di SMK Penanti tempat mak saudara aku mengajar. Tapi dia tak kenal pun hehe. Kawasan hot sekarang ni tentulah Penanti, Kubang Semang, Permatang Pauh, Permatang Pasir, Tasek Gelugor, Ara Kuda dll. Dah kawasan depa jugak memang bole menyorok la. 



Bila tengok berita dan baca pasal kes ni kadang-kadang terkesian pulak. Bukan apa, teringat keluarga depa-depa ni. Macam mana keluarga depa menghadapinya kan. Mestila ada anak bini, mak ayah semua. Lagi bertambah kesian ada yg lembik sebab tak makan dan sampai sanggup minum air longkang. Akhirnya terpaksa menyerah diri jugak. Macam mak aku cakap la, tak kemana pun depa ni sebab lapar. Tapi kesian macam tu je la sebab depa ni penjenayah kot!!



Ada baca satu blog, salah sorang yg menyerah diri tu menceritakan sebenarnya depa dah 6 bulan rancang benda ni. ENAM bulan beb bukan 6 hari. Fuuuhh memang nekad betol depa nak lari. Kononnya nak lari sampai ke Siam la. Sempat lagi balik rumah ambil pistol. Penjenayah tegar la katakan. Geng Mafia plak tu. Last-last kena tembak. Kuasa Tuhan tetap tak boleh lawan. 



Ada juga yg bercerita, depa ni merompak tapi hasil tu diderma ke rumah anak-anak yatim. Ala-ala Robin Hood la kononnya tapi versi Penang! Entah betul ke tidak wallahualam. Tapi niat tetap tidak boleh menghalalkan cara. Tetap berdosa sebab mengambil hak orang lain secara kekerasan. Tapi macam tak je sebab antara kes depa ni menyamun, merompak, membunuh dan mendatangkan kecederaan. Takkan la baik hati sangat nak bagi hasil rompakan depa kan (ni cuma pendapat aku je la hehe). Tambahan plak ayah aku cakap OKT yg dia kenal tu dari kecik lagi suka mencuri. Nak buat macam mana, itu jalan yg dia pilih kan.



Polis yg terlibat mungkin akan dikenakan hukuman disebabkan kecuaian. Kesian juga kat polis tu. Dah la kena pukul, hukuman pun kena jugak. Kes ini perlu dijadikan pengajaran utk semua tak kiralah pihak berkuasa atau masyarakat sekeliling. Mungkin Tuhan ingin mengejutkan mereka-mereka yg lalai termasuk kita sendiri. Kalau tak terjadi benda ni kita masih berada dlm keadaan yg "selesa" lagi. Disebabkan kes ini juga pihak-pihak terbabit akan lebih berhati-hati tentang keselamatan dan tidak mengambil ringan tentang perkara yg perlu diambil berat. Bagi masyarakat pula, tentulah keselamatan diri dan kediaman dijaga takut-takut perkara buruk boleh terjadi. Penjahat dah makin ramai sekarang ni. Entah-entah orang yg dekat dgn kita pun boleh jadi penjenayah. Dan aku percaya, ada hikmahnya walaupun pahit utk ditelan oleh mereka yg menghadapinya. Wallahualam.

Monday, December 31, 2012

31.12.2012

Kehidupan kita..manis, kelat atau pahit hanya kita yang merasa. Tetapi, cakap-cakap manusia di sekeliling kadang-kadang memang melemahkan. 
Tabahlah hati untuk menepis segala omongan itu. Mereka tidak akan mahu mengerti. Biar Allah saja yang menilainya. Moga 2012 ini berlalu dengan senyuman. 
Dan, 2013 tiba dengan penuh segala kebaikan :)


Tuesday, December 11, 2012

Masih hidup!

Assalamualaikum.


Kuang3x..
tuan rumah masih hidup lah.
Saja gedik nak post gambar yg tembam kebabom ni utk membuktikan tuan rumah makin bertambah sihat sesihatnya wakaka time ni nak p kenduri. mcm mana la tak bertambah sihat kan.



Sekarang ni tuan rumah asyik le melayan citer online tak kiralah edisi melayu, korea, english, hindustan.
tengah in sekarang ni tentulah citer adam dan hawa.
tuan rumah dah berjaya menghabiskan 60 ep. bayangkan dari 20 ep i marathon dari pagi hingga malam kekeke.



Ok lah tuan rumah nak mengundurkan diri.

Yaw peace!

Saturday, September 22, 2012

Pengalaman + Kesabaran

Assalam.

Amboii semangat kan cik aika update hihi. nak hilangkan boring ni duduk sorang-sorang (paksu maksu balik kampung) so nak ceciter sikit2 kat sini lah :)


Sekarang ni kan cik aika mengajar murid-murid Tahun 1 kan.
Alkisahnya, murid-murid Tahun 1 sekarang ni berada dalam sistem Kurikulum Standard Sekolah Rendah atau nama glamornya KSSR. 
Namanya tidaklah semudah yg disebut. Tambahan plak, cik aika mengajar murid-murid kelas lemah.
Dalam perkataan yg canggih sikit hehe, murid-murid LINUS. 
Linus ni plak ada dua iaitu LINUS biasa dan LINUS Tegar.
Tau tak apa itu LINUS?
(cik aika pun taktau sebelum ni heheheh)

Secara asasnya, program LINUS ni ialah  :

Akronim kepada perkataan LI (Literasi), NU (Numerasi) dan S (Screening – Saringan). Jadi LINUS merupakan Program Saringan Literasi dan Numerasi.



Program ini dirancang dan dibentuk sebagai penambahbaikan program sedia ada (KIA2M), untuk memastikan semua murid Tahun 1 pada 2010 menguasai asas membaca, menulis dan mengira pada akhir tahun 3, menjelang Tahun 2011.

DEFINISI LITERASI

Keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian.
KEMAHIRAN ASAS LITERASI

TAHUN 1 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 500 patah perkataan dan ayat mudah.
TAHUN 2 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 800 patah perkataan dan ayat mudah menggunakan kata sendi.
TAHUN 3 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 1000 patah perkataan dan ayat mudah dengan kata sendi dalam satu perenggan.

12 KONSTRUK YANG DIUKUR DALAM SARINGAN LITERASI

Konstruk 1 : Keupayaan membaca dan menulis huruf vokal dan konsonan.
Konstruk 2 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata terbuka.
Konstruk 3 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata terbuka.
Konstruk 4 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata tertutup.
Konstruk 5 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup.
Konstruk 6 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutup ‘ng’.
Konstruk 7 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi diftong
Konstruk 8 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi vokal berganding.
Konstruk 9 : Keupayaan menulis perkataan yang mengandungi digraf dan konsonan bergabung.
Konstruk 10 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang berimbuhan awalan dan akhiran.
Konstruk 11 : Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah.
Konstruk 12 : Keupayaan membaca, memahami dan menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan.

DEFINISI NUMERASI

Keupayaan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan harian.

KEMAHIRAN ASAS NUMERASI
TAHUN 1
- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 50.
- Operasi asas : Faham fakta asas tambah dan tolak
- Aplikasi : Mengira wang hingga RM 10, memahami masa dan ukuran asas
TAHUN 2
- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira turutan nombor hingga 100
- Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi
-Aplikasi : Mengira wang hingga RM 50, memahami waktu dalam jam dan mengukur panjang/pendek objek
TAHUN 3
- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 1000.
- Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi
- Aplikasi : Mengira wang hingga RM 100, memahami waktu dalam jam dan minit serta mengukur objek dalam unit piawai

12 KONSTRUK YANG DIUKUR DALAM SARINGAN NUMERASI
Konstruk 1 : Keupayaan pra nombor dan mengenal angka
Konstruk 2 : Keupayaan membilang
Konstruk 3 : Keupayaan memahami nilai nombor
Konstruk 4 : Keupayaan membuat seriasi
Konstruk 5 : Keupayaan mengenal mata wang Malaysia
Konstruk 6 : Keupayaan menyatakan waktu
Konstruk 7 : Keupayaan mengendalikan operasi asas
Konstruk 8 : Keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan mata wang Malaysia
Konstruk 9 : Keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan isipadu.
Konstruk 10 : Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik dan sebaliknya
Konstruk 11 : Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian terhad kepada nombor bulat
Konstruk 12 : Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian melibatkan mata wang, masa dan ukuran panjang.


Panjang lebaq kan! haha ni copy je daripada internet. 


Nampak tak perkataan konstruk?? Itula yg memeningkan kepala cik aika sekarang ni. Murid-murid kelas cik aika rata-rata kategori LINUS tegar. Hanya beberapa orang sahaja kategori arus perdana (maknanya budak yg boleh membaca & menulis dgn lancar). Tambahan plak cik aika pegang guru kelas budak-budak ni. Konstruk tu perlu dibuat sehingga band 6 mcm PBS. Tapi, sah-sah la bebudak ni takkan sampai band 6. Sekarang ni band 3 pun belum settle. Memang ada yg tak boleh membaca. Tapi tak la pelik sebab baru tahun 1 kan. Bila suruh pergi kelas pemulihan tak nak plak huhu geram betol. 



Bulan Oktober ni plak ada Saringan 3 utk membaca dan menulis. Entah la depa ni macam mana. Risau dibuatnya. Nak ajar mengeja sorang-sorang pun masa tak cukup. Dgn nak kejar konstruk tu lagi. Dah la buas-buas semuanya. Tak larat dah nak pulas telinga huhu. 



Apapun semua masalah ada penyelesaiannnya. Cuma kadang kesian tengok bebudak yg tak reti membaca ni. Tapi takpa la kan, masih lg panjang perjalanan depa. 


Semoga Allah sentiasa memberi kesabaran dan kesungguhan kepada cik aika utk membantu murid-murid ini. Ameen.

Kenyang Perut Suka Hati

Hari ni perut sangat overload. Phewww! Rasa nak meletop hahaha.

Alhamdulillah dgn rezeki yg dikurniakan. Hari ni ada acara pot luck kat sekolah. Perlu skip diet! haha diet la sangat huh. 

Menu pagi - nasi lemak + sambal sotong + sambal ikan bilis + bubur nasi. 

Menu tengah hari - nasi hujan panas + daging masak hitam + ayam masak merah + pandan cheese puding + kek lapis buah + apam polka dot + ketupat + rendang + tembikai + puding karamel + sirap + oren cheese blueberry tart
(nak tangkap pic segan. nanti kena cop jakun plak kihkih)

Ada lagi, tapi "tu jerr" cik aika makan hehehehehe. Erkkk Alhamdulillah :)

Wednesday, September 12, 2012

ITS MY CONVO!!

Assalamualaikum wbt.

ALHAMDULILLAH, cik aika bakal menamatkan pengajian dgn segulung ijazah! Syukur ke hadrat Ilahi, dapat jugak cik aika bergraduat setelah berhempas-pulas menghabiskan pengajian selama 4 tahun.


dengan ini, saya akan dianugerahkan ijazah :

BACELOR PENDIDIKAN (PENGAJARAN BAHASA MALAYSIA SEBAGAI BAHASA PERTAMA)
- panjang tol nama kos hihi -

pada 14 Oktober 2012 bersamaan hari AHAD [sesi petang]



Kejayaan ini hadiah buat mak dan ayah yg telah banyak berkorban utk anaknya ini. Doa tidak putus siang dan malam. Rasa gembira kerana membuatkan mak dan ayah berbangga dengan pencapaian ini walaupun tidaklah sehebat orang lain. Rasa penat lelah selama ini berbaloi memandangkan aku merupakan anak gadis sulung yg menamatkan pengajian peringkat ijazah. Dah lawan abang aku hehe dia lg berapa tahun tah nak habih sebab buat part time degree kat UTM. 



- tapi, semangat nak berkonvo belum mai lagi huhuhu - 

Monday, September 10, 2012

Day 1


Aku : Awat ustazah masuk td hampa senyap ja? Saya masuk x reti duk diam.
Murid : Dah cikgu tak garang. Cikgu lain garang nak mampuih.
Aku : Amboihh xpa2. siap nanti hampa.

Murid : Cikgu, xmau blajaq la arini.
Aku : Pasai pa plak. Kena blajaq la.
Murid : Xpala. Nak sembang ngan cikgu. (Mai kat depan meja guru, tak p dah tempat duduk)


(Mentang2 la muka aku xdak langsung ciri kegarangan. Xpa2 baru hari pertama)


Itulah salah satu situasi hari pertama aku di SK. To' Bedor, Kepala Batas, Pulau Pinang.
Dialog di atas dah tentu la loghat utara kan hehe. 
Beza kali ni aku mengajar murid sekolah rendah, 
subjek Bahasa Melayu Tahun 1 dan Matematik Tahun 2 dan 3.
Tapi, blur2 jugak la hahaha.

Dan baru aku tahu sekarang, istilah GSTT dah ditukar kepada KGSK.
(Kumpulan Guru Simpanan Kebangsaan).
Ingatkan ada perempuan simpanan je, guru pun ada hehe.  


Harapnya semua baik2 saja la.
Ameen.

Friday, September 7, 2012

September ^_^

Assalamualaikum wbt.


Adoiii blog ni bersarang lagi hihi. Jenuh gak nak bersihkan. Bila dah habis belajar ni, paham2 lah yer mood nak menaip mcm mana. Lagipun tak ada story yg best pun utk dibebelkan. Kalo berleter banyak2 pun tak ada org nak baca gak hahaha. Cik Aika muncul ni pun nak bagitau owner blog ni masih ada. Alhamdulillah masih sihat walafiat :))



Diam tak diam, dah sebulan lebih aku memegang title penganggur berijazah hehe start puasa sampai la dah habis raya ni nak masuk bulan lain dah pun. Adik pun dah nak balik UPM, dah tak ada geng nk merayap sana sini huhu. Maklumlah si kakak yg dah tua ni baru nak ambik lesen keta hihi. 



Isnin ni jugak aku dah start kerja. Semoga baik-baik saja lah. Ameeen. Tunggulah posting yg belum berkunjung tiba itu. Sama-samalah kita doakan :)



Dan taun depan aku bakal bergelar makteh. Opsss taknak "mak" tapi cikteh cukup la hehe (org perasan muda mcm tu la). Cucu sulung mak ayah aku. Cicit pertama tok dan tokwan. Semoga ayah, ibu dan baby sentiasa sihat dan dipelihara oleh Allah swt. 



Setakat itu dulu daripada cik aika. kalo rasa nak merepek lagi nanti cik aika update hehe.



Salam Kerinduan.

Friday, August 17, 2012

Slmt Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin

Assalamualaikum wbt.


Diam tak diam tinggal sehari je lagi kita berpuasa. Rasa mcm sekejap sangat tiba-tiba dah nak raya. Feeling-feeling nak raya pun dah mcm kureng sikit. Maklum la umur makin up ni. Baru lah faham apa yg mak rasa sebab sebelum2 ni memang mak tak beria nak raya pun. Yela kan dah bertahun-tahun dia sambut raya, sekarang dia pun dah umur 54 tahun. Aku yg dah 23 tahun (bulan 12 baru 24 hahaha) pun dah rasa mcm tak best nak sambut raya. Shopping raya pun biasa-biasa saja. Tudung raya pun tak beli tau (boleh bayangkan tak betapa suramnya perasaan raya aku hehehe). Kain utk buat baju kurung pun nasib dah beli awal kat Nilai sebelum praktikal aritu. Masa pergi Jalan Tar dulu pun tak ada hati pun nak membeli-belah. Cuma beli kain pasang utk mak dan adik. Kasut raya apatah lagi, memang tak nampak batang hidung la. Raya kali ni memang aku telah mengamalkan konsep raya biarlah serba sederhana hihihi.



Insya Allah, raya tahun ni aku dan keluarga akan berhari raya di Kulim pada raya pertama. Sebenarnya, inilah kali pertama aku n family beraya di Kulim hehehe..maklum la family dah bertambah. Tahun depan raya bertambah sorang lagi plak hehe. Sebelum2 ni memang acara wajib sehari sebelum raya dah pergi rumah tok dan tokwan di Tasek Gelugor, Pulau Pinang utk beraya di sana. Harapnya tok fahamlah situasi kami dan tak merajuk huhuhu. Keadaan dulu dan sekarang dah lain. Abang-abang aku pun dah kahwin, tak boleh la lagi masa raya sentiasa kena ada di sana. Akhirnya, bila dah berumur 23 tahun barulah aku merasa. Nak jugak rasa beraya di rumah sendiri kan :) 


Tentang persiapan raya pulak, memang ala kadar je. Kuih ada la buat beberapa jenis. Kuih wajib ada semperit pun mak aku buat sikit je. Yg lain, kuih makmur, biskut oat rangup, biskut jejari emas, cornflakes madu, dan dua lagi biskut baru (sebelum ni tak pernah buat) hehe. Nama pun moden sikit tak ingat plak aku. Awal-awal dah pergi hantar kuih kat rumah tok sebab tok dah bising tak ada kuih raya huhu. Padahal dlm lemari aku tengok dah bersusun-susun pun kuih raya. Hmm takpa lah.


Tadi pun baru selesai operasi mengemas rumah, menyapu, mencuci, mengemop, memasang langsir dan sebagainya. Fuuhhh memang buat aku nak minum air je hahaa. Keluar la sikit peluh manja aku ni kan. Nasib baik dah beres cuci tingkap minggu lepas hihi. 


Raya kali ni jugak raya pertama aku tidak lagi bergelar student. Sebelum2 ni memang tak sabaq nak habih belajar tapi sekarang ni rasa rindu sangat dgn waktu belajar kat UPM dulu. Patut la rasa tak ada semangat nak raya! Dah bergelar penganggur berijazah huuuuu. Nanti dah kerja, dah ada duit sendiri mesti mood raya tu datang balik kot :)



Akhir sekali, Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin utk kawan-kawan yg baca atau terbaca entri ini. Salah silap harap diampun. Ingat daku dlm kuih rayamu..hehe. Salam :)

Monday, August 13, 2012

Blog Diserang huhu..

Assalamualaikum wbt.

Memang dah lama gila aku tak update kat sini. Dah berhabuk pun. Sarang labah-labah pun da penuh kihkih. Disebabkan satu hal yg menimpa blog kesayangan aku tadi, baru la tercipta entri ni. Kalo tak, setahun lagi la kot hahaha. Nak tau ke?? hehe sabaq2..


Nak guguq jantung tadi bila bukak je blog ada imej malware mcm kat bawah!!






Tapi disebabkan jiwa gua kental so gua cool je kihkih padahal terkejut beruk jugak la dua saat. Dengan pantasnya aku pun gigih la mencari solusinya (ayat tak leh blah). Nasib baik terjumpa satu blog yg explain mcm mana malaun malware boleh muncul di blog. Malware ni merupakan virus yg wujud di sesetengah website. Bila kita ambil apa-apa sumber contohnya mcm gambar ke daripada website tu (aku la tu), virus tu ikot skali la. Masa kita copy gambar, takde dia nak warning "dlm ni ada virus aku! hahaha padan muka ko" So budak-budak gadis ayu mcm aku ni mana la ambik port pasal ni pun. Senang cakap tak tau!  hahaha. Malware tu ada dlm satu entri aku (tapi sepantas kilat aku dah padam) yg dah lama aku publish. Aku ada ambik gambar daripada website "sekian..sekian..tutt" (tengok la kat gambar kat atas). Jadi, ini adalah sebagai pengajaran utk aku supaya berhati-hati nak copy gambar daripada site mana-mana ntah huhuhu. Tapi takpa sebab aku dah dapat ilmu baru mcm mana nak nyahkan malware hihi credit tuan punya blog tersebut (sory aku lupa nama). 


Itu saje entri yg tak berapa nak pendek daripada cik aika. Bertemu di lain siaran. Chau! 

Thursday, July 5, 2012

berdebuuuuuuu :)

Assalamualaikum...


Dah lama tak update apa-apa kat sini. cuma ada la sesekali menjenguk di kala tak kebizian. sebenarnya banyak nak cerita tapi kang berkajang-kajang pulak blog aku ni. mana yg sempat jelah ye. tapi bila dah menaip ni taktau plak nak tulis apa hahaha.


Satu je nak cakap, aku dah habis nak habis praktikal lg 2 minggu  saat entri ini ditaip :))) tu jela kot. hahaha penat je kan baca :P

Thursday, May 31, 2012

Roti John Pedassss ala Cik Aika

Assalamualaikum wbt. 

Tadi disebabkan lapar (hujan memang boleh membuatkan perut berkeroncong), cik aika berdesup p dapur. cari apa-apa yg boleh dimakan :) waktu tu plak mak kite tengah mengelim karipap. entah bila mak kite ni start projek dia. rajin nau, bukan mcm anak dia hehe. disebabkan lambat lagi karipap bole masuk mulut, so cik aika ligat mencari idea utk menghilangkan lapar hahaha.

Tengok kat dapur ada telur, roti serat gandum dsb. tinggggggg! tetiba teringat roti john homemade :) tapi memandangkan kat dapur cik aika takde roti yg panjang tuh, roti gardenia pun jadilah kan asalkan namanya roti kihkih. Bahan-bahannya pun mudah dan cepat disediakan.

- Roti
- Daun bawang
- Daun sup
- Telur
- Garam
- Bawang
- Cili padi (optional)
- Sos cili



Inilah rupanyaaaaaaa..takde nampak sgt mcm roti john, huduh sikit la kan. tapi sedappppp hihi puji sendiri lak. nyummmmmmehhh ^__^






Rupa asal roti john kikiki (sumber : Google)


- Lepas ni nak cuba guna roti burger plak. ololo cumil-cumil :)

Tuesday, May 29, 2012

selamat pengantin baru!!

Assalamualaikum wbt.

Hehe seperti yg tercatat di tajuk entri, cik aika nak ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU buat dua org sahabat cik aika iaitu Tuan Suzilawati dan pasangan serta Nurul Syakirin dan pasangan yg bakal melangsungkan majlis perkahwinan. Semoga perkahwinan mereka sentiasa diberkati dan bahagia hingga ke syurga :)

Mereka merupakan pasangan sulung pertama PBMP batch 08/12 yg akan menamatkan zaman bujang. Yg lain-lain tu coming soon hehe. cik aika tumpang gembira utk mereka, tak lama lg dapatlah kami anak buah :)

Sunday, May 27, 2012

Sebulan :)

Assalamualaikum wbt. 

Cik aika bersua kembali. Memandangkan sekarang merupakan cuti sekolah maka dapatlah cik aika mencoretkan sesuatu di sini :)

Memang tak dapat cik aika sembunyikan perasaan gembira pabila tibanya cuti sekolah yg sudah ditunggu-tunggu sejak hari pertama praktikum hehehehe. 

Beberapa peristiwa tak kiralah manis atau pahit nak cik aika ceritakan selama sebulan cik aika berkhidmat di SMK Pernu. Antaranya :

Pergerakan Puteri Islam.
Cik aika memantau kawad murid - memang mencabar disebabkan budak-budaknya tak dengar cakap. dah le semuanya tak reti langsung berkawad. bila berkawad di tengah panas mereka pun bising tapi masih boleh dikawal. nasib baiklah semua perempuan. kalau lelaki memang cik aika cabut balik hahaha. cik aika minta murid tingkatan 2 yg mempunyai pengalaman berkawad KRS utk membantu. malangnya murid-murid "kesayangan" tak hormat pada sifunya. mereka hanya dengar bila cik aika bersuara. cik aika terpaksa memberi arahan berulang kali dan sentiasa memantau barulah mereka membuat aktiviti kawad. tengah2 berkawad pun boleh bergaduh. oh anak muridku -_-"


Persatuan Bahasa Melayu.
Semua guru Bahasa Melayu secara automatiknya diserapkan dlm persatuan ini. Aktiviti pada hari tersebut berkisar tentang penciptaan puisi dan cerpen secara bebas tak kiralah pantun, sajak, syair dan sebagainya. macam-macam jenis puisi yg cik aika lihat murid hasilkan. banyak yg mencuit hati. cik aika juga membimbing mereka mencipta pantun dan sajak. Masih terdapat murid yg membuat kesalahan dlm mencipta pantun. tapi tak apa lah kerana aktiviti ini merupakan suatu proses pembelajaran asalkan mereka mahu mencuba dan tak takut berbuat salah. ada juga yg membuatkan hati cik aika terasa digigit-gigit tapi akhirnya cik aika hanya mampu ketawa memikirkan gelagat si budak nakal (menyalin semula petikan prosa tradisional Hikayat Inderapura! patutlah kusyuk saja cik aika lihat dia menulis cerpen. ketika itu terdetik kagum di hati melihat dia meyusun bait-bait kata. rupanya-rupanya hanya utk "menganjing" saja)..alahaii si budak nakal. 


Rumah Sukan.
Kuning kemudian biru - fleksibel hihi. disebabkan kekurangan guru, cik aika berkhidmat di mana saja tempat yg diperlukan. pada minggu pertama, bertugas di rumah kuning (Mat Kilau). kemudian minggu seterusnya di rumah biru (Bahaman). takpa lah sama saja di mana pun kan. kerenah murid-murid memang adakalanya mencabar kesabaran jiwa. rasa nak penampo pun ada haha. tapi itulah tugas sebagai guru utk mengawal mereka. ketika mengendalikan murid ketika acara sukan, cik aika belajar utk menjadi seorang yg penyabar. tapi termarah jugak la hehe. mereka ni tak boleh dibagi muka sikit nanti menjadi-jadi perangainya. nasib baik la baru cikgu praktikal, kalo tidak siapla korang hahaha.


Hari Guru.
cik aika dan pasangan serta rakan-rakan guru interim berkolobrasi membuat persembahan pada Hari Guru iaitu menyanyi :)) tapi cik aika hanya menjadi back up singer haha. nyanyi jugakla tapi bukan vokalis lah. suara tak berapa nak lemak manis. lemau je :D walaupun mcm hampeh je disebabkan tiada masa utk buat latihan tapi nasib baik ok je la. dan nasib baik gak tak kena boooo dgn murid..hehe. pejam mata jelah tengok cikgu cikgi ni menyanyi. lepas je majlis sambutan, ada acara makan-makan. macam-macam juadah dah mcm open house plak. tapi yg paling best ada kek secret recipe. memang terbaekkkk..hihi. kemudian ada acara makan-makan lagi. aduiii memang kembung perut la hari tu. lunch di Restoren Bariani Power di Tesco tepi Melaka Sentral. rezeki cik aika dan aini dapat makan free tak perlu bayar apa-apa. TQ SMK Pernu :) Ada acara cabutan bertuah tapi mcm biasa cik aika tak pernah bertuah pun hihi. memang sodap lahh, cik aika pilih nasi beriani daging kambing. lepas daripada tu ronda-ronda Tesco jap beli buah tangan utk menziarah kak hajar yg baru lepas eksiden di Mahkota Medical Centre. kemudian balik tumpang cikgu syafiq & cikgu yazid (guru interim) hehe.


Ujian Tara
cik aika bertugas sebagai pengurus rumah biru, Bahaman :) tapi awal-awal pagi ikot kak linda & kak zura g beli air. tugasnyeee apa lagi buat air la kan. buat utk keempat-empat rumah sukan. dapat sorang sebiji burger. lepas dari tugas buat air terus ke padang utk memantau budak-budak biru utk acara lari 100m & 400m, lontar peluru dan lompat jauh. macam-macam taktik budak-budak ni bagi nak bagi lepas. tapi kesiannn, tak berjaya hihi. ada pulak tengah2 berlari bole gaduh pukul-pukul kepala. cikgu-cikgu lain gelak je tengok. dah tak kuasa nak marah. cik aika pun gelak-gelak jugak la tengok gelagat depa. memang geli hati pun haha.


Acara Potluck
Ahaa ini pun majlis makan-makan. mcm mana la tak makin bulat kan. macam-macam adaaaa. sampai tak larat nak bangun g kelas. nasib baik minggu exam. kalo tidak memang tak larat nak mengajar haha. cikgu cikgi kat sini memang sempoi je. makan-makan sekali dgn pengetua. mmg tak ada gap sangat lah. kebetulan hari tu jatuh pada 1 Rejab jadi ramai yg berpuasa. tapi tak menjadi masalah sebab depa bungkus bawak balik . potluck ni juga sempena majlis perpisahan utk guru-guru interim yg dah dapat tempat posting. 2 org di Melaka, 3 orang di Sarawak dan sorang di Sabah. baru je cik aika rapat dgn dorang, dah kena pindah da. tapi takpe sebab dah ada 4 org cikgu baru yg dah masuk SMK Pernu. dah jadi geng pun hihi. sorang dari Melaka dan 3 orang dari Kelantan. sorang guru interim masih kekal sebagai Kaunselor :)


Cuti sekolah.
Hahaha yg ni tak payah cerita la kot.


Setakat ni dahulu catatan diari cik aika sepanjang sebulan praktikum. kalau rajin lepas ni cik aika akan update lagi ok. (beberapa bulan kemudian............hehehe)


Salam rindu daripada cik aika :)) 

Friday, May 18, 2012

Bersaranggggg

Nampaknya blog cik aika dah bersarang hihi. Jenuh gak nak bersihkan balik ni. Hmm takpa2 kita guna pembersih vakum hehehe.

Alkisahnya, cik aika sekarang berpraktikal di SMK Pernu, Telok Mas, Melaka. Panjang citenye......nanti2 bila free cik aika cecite k (tapi taktau la bilenye tuuu hihi)

Sekolah yg cik aika berkhidmat skrg merupakan sekolah baru. kalau tak silap baru 3 tahun.

  

Sekolahnye ok cuma pelajarnya je tak ok hahaha.  maklum la kena tempias sikit dari Sekolah Henry Gurney yg berdekatan. walau mcm mana pun, ini merupakan pengalaman yg boleh mematangkan cik aika. sebelum ni cik aika dah biasa dgn situasi sekolah yg "selesa". duduk plak di kelas yg bukan lah terlalu cemerlang tapi agak baik. tapi dekat SMK Pernu ni situasinya sangatlah berbeza. mcm2 ragam student yg cik aika kena hadapi. tapi kadang2 seronok jugak layan perangai masing2.

itu dululah coretan pendek cik aika kali ini. chow :)

Saturday, March 24, 2012

dah terhantuk baru tergadah

Dalam 2-3 hari ni cik aika sibuk nak siapkan esemen.
nak berak baru nak gali lubang kan hahaha.
biasalah, mcm tu lah cik aika sepanjang study ni.
tak pernahnya buat kerja awal. dah dekat dateline barulah kelam-kabut :D


Cik aika ada 3 kerja yg perlu disiapkan sebelum 29 mac ini 
apa??? sekarang dah 24 mac. tolak sehari nak kena pergi sekolah lapor diri.
so tinggal la 3 hari je utk buat kerja. errrr..habisla..


cerpen + report interview penulis + multimedia dlm komunikasi


lepas tu ada test penulisan kreatif minggu depan. mmg nahas la hahaha.

 
 
cik aika dan kawan2 baru je habis interview novelis terkenal, Samsiah Mohd Nor.
ala yg novelnya bertajuk Tangisan Bulan Madu, didramakan di tv tu :)
nanti cik aika update kemudian.
ok itu sajeeee..hihi


assalamualaikum :D 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...